Selasa, November 08, 2011

Cerita Hantu

Tentu sekali, kalau ada topik alam ghaib dalam cerita rakyat, cerita-cerita hantu sudah menjadi pilihan utama. Semasa saya membesar, banyak sekali cerita-cerita sedemikian dibincangkan dan dikongsi bersama-sama oleh anggota keluarga dan sahabat handai.

Hantu-hantu seperti pontianak, hantu penanggal, toyol, pelesit, polong, manusia berkepala anjing dan hantu t-t-k banyak saya dengar daripada orang-orang tua.

Oleh itu, saya akan memilih cerita-cerita yang jarang sekali didengar dan menuliskannya semula dengan gaya cerita yang sering disampaikan oleh orang-orang tua kita.

Sebuah cerita pontianak yang saya dengar ialah kisah yang berlaku kepada seorang ibu yang sarat mengandung yang diserang pontianak semasa dia sedang tidur. Hantu itu dapat dihapuskan dengan mencucuk paku di tengkuknya.

Cerita penanggal pula tentang seorang ibu yang sarat mengandung diserang hantu dan dibunuhnya pada waktu malam. Hantu itu dimusnahkan oleh suaminya sendiri.

Cerita toyol tentang seorang miskin yang tiba-tiba menjadi kaya dengan bantuan toyol peliharaannya.

Kisah polong pula tentang seorang lelaki yang dapat menewaskan semua musuhnya dengan menggunakan polong.

Hantu pelesit pula pemeliharaan seorang wanita yang cantik dan mangsa-mangsanya ialah kanak-kanak kecil. Hantu itu dapat dihapuskan dengan kerjasama masyarakat kampung.

Manusia berkepala anjing pula ialah mengenai seorang lelaki yang telah melanggar pantang larang sewaktu dia mengamalkan ilmu menjadi kebal.

Hantu t-t-k pula suka menyembunyikan kanak-kanak yang suka berkeliaran pada waktu-waktu senja.

Tentulah, cerita-cerita sedemikian banyak unsur-unsur yang khurafat yang begitu menonjol terutamanya tentang tahidulLah. Namun, penyampaian cerita-cerita tersebut dibuat untuk merakam pandangan hidup masyarakat lama yang masih mendarah daging dalam masyarakat kita.

Kisah tentang orang bunian akan juga saya masukkan dalam koleksi cerita bahagian ini.

1. Contoh Pontianak
Cerita bermula pada kaunter 6.40
http://youtu.be/5buFAttojto

2. Contoh Penanggalan
Cerita bermula pada kaunter
http://youtu.be/NXV5lVWHTZ8

Tiada ulasan: