Sabtu, November 05, 2011

Cerita Rakyat Melayu / A Collection Of Malay Folktales and Legends

Projek ini dijalankan memandangkan tidak ada sebuah bahan lengkap lagi komprehensif mengenai subjek ini. cerita-cerita rakyat akan ini dipungut daripada banyak sumber tetapi tidak mudah difahami dan akan memberikan perspektif, selain daripada yang banyak dibuat khususnya untuk bacaan kanak-kanak.

Sub-judul yang akan termuat dalam himpunan ini termasuklah mana-mana kisah yang popular mahu pun yang kurang popular tetapi mempunyai
1. jalan cerita yang menarik hati lagi menghiburkan
2. pengajaran yang tersisip di dalam kisahnya
3. merakamkan pemahaman dan pandangan serta pemikiran masyarakat Melayu tradisional yang kebanyakan masih berlaku pada masa kini. Contohnya, cerita-cerita tahyul dan kisah-kisah agama
4. merakamkan budaya serta kesenian bangsa Melayu yang sejagat
5. memaparkan ciri lisan dan tulisan bahasa Melayu lama

Sumber setiap kisah akan disaring daripada penelitian pada semua bahan rakaman yang dapat ditemui sama ada di dalam dan luar negara. Bahan-bahan termasuklah bahan-bahan dalam talian, buku-buku lama, puisi moden serta klasik dan yang seumpamanya.

Kisah-kisah ini akan disusun semula dengan gaya bahasa Melayu kini tanpa menghilangkan keaslian cerita yang dipetik. Hal ini termasuklah menapis unsur-unsur yang dianggap tidak sesuai menurut kesantunan dan keindahan serta nilai bangsa Melayu itu sendiri.

Semoga projek ini akan dapat dilaksakan dalam masa-masa terdekat.

Tiada ulasan: