Khamis, Disember 01, 2011

Cerita Burung Bayan

Cerita Burung Bayang merupakan himpunan cerita pendek. Cerita Bayan Budiman amat masyhur dalam kalangan orang-orang Melayu.
Menurut hikayat cerita ini, pada sebatang pokok tinggal sekawan burung bayan. Burung-burung itu telah berjaya mengusir sepasang cerpeling yang tinggal di pangkal pokok tersebut. Namun, datang seorang penjerat burung lalu memasang jala dan menjerat burung-burung itu. Sebelum penjerat burung itu kembali untuk mengambil burung-burung yang terjerat itu, ketua burung bayan telah mengarahkan semua rakanya berpua-pura mati. Sudah tentu penjerat burung itu akan membuang mereka ke tanah apabila dia kembali ke sana nanti. Namun, sebelum sempat ketua burung itu melepaskan, sewaktu burung yang terakhir dibuang ke tanah, rakan-rakan burung yang lain telah terbang pergi menyelamatkan diri. Dengan burung bayan di tangannya, penjerat itu tidak melepaskannya kerana dia telah diperdaya burung-burung tersebut. Walaupun dia berpura-pura mati, penjerat itu tidak mempercayainya. Penjerat itu mahu membawa burung bayang pulang untuk digulainya.
Burung Bayan lalu berkata, “ Usahlah tuan makan daging hamba. Juallah hamba di pasar dan pasti tuan akan mendapat harga yang mahal bagi diri hamba.”
Mendengarkan kata-kata Burung Bayan itu, penjerat burung itu pun pergi menjualnya kepada seorang saudagar kaya-raya yang bernama Khoja Maimun. Pada suatu hari, saudagar Khoja Maimun telah bertolak ke luar negeri untuk urusan perniagaan. Isteri saudagar kaya ini seorang wanita yang jelita. Seorang anak raja telah berlalu di hadapan rumah saudagar itu dan terpandang akan wajah isteri saudagar tersebut. Daripada kejadian itu, isteri saudagar telah mabuk asmara menginginkan putera raja tersebut. Mereka telah berjanji untuk bertemu. Pada waktu malam, sewaktu isteri suadagar itu sedang bersiap-siap untuk meninggalkan rumah, Burung Bayan mula bercerita. Cerita-ceritanya itu menambat hati isteri saudagar itu. Kerana syik dan leka mendengar cerita-cerita Burung Bayan setiap kali dia hendak berjumpa, maka tidaklah terjadi pertemuan yang dimaksudkan. Banyak cerita Burung Bayan yang menarik hati itu tersirat pelbagai nasihat itu telah berjaya menggagalkan pertemuan sepasang kekasih itu. Setiap sebuah cerita akan berakhir sebaik-baik sahaja menyinsingnya waktu fajar. Dengan yang demikian, muslihat Burung Bayan untuk memelihara kehormatan isteri tuannya, Khoja Maimun itu, berjaya. Pada akhir cerita, isteri saudagar itu sedar akan kesilapannya dan dia menjadi seorang isteri yang taat kepada suaminya.
Hanya beberapa cerita yang akan disertakan dalam bahagian cerita-cerita Burung Bayan ini.

Tiada ulasan: