Rabu, Mac 02, 2011

Kane & Abel - Jeffrey Archer



Saya amat senang dengan cerita dalam novel ini. Permusuhan Abel dengan Kane tidak dapat menentang jodoh anak-anak mereka yang hendak berkahwin. Sebagai seorang ayah, Abel membantu anaknya dari jauh walaupun dia tidak menyetujui Florentina mengahwini Richard, anak William Kane.
Sebenarnya, walaupun sebagai seorang pegawai bank, William menjalankan tugasnya dengan cekap dan menyebabkan kematian salah seorang mentor Abel. Abel terus berdendam dengan William Kane tanpa mengetahui bahawa besannya itu pernah membantunya hingga dia berjaya dan menjadi kaya-raya. Menyedari akan kesilapannya, Abel mula melayani menantunya dengan baik serta menerima semula anak perempuannya dan juga cucu kesayangannya.

Tiada ulasan: