Isnin, Februari 28, 2011

Syair Melayu, Sebuah Pengenalan

Sesudah anda mengenali pantun, sebuah lagi puisi tradisional kita yang akan terus saya usahakan pelestariannya adalah syair.

Hampir serupa dengan pantun hanya syair akan saya kenalkan sebagai sebuah puisi yang bercorak cerita atau nasihat.




Saya sendiri ada menghasilkan sebuah buku koleksi cerita kanak-kanak yang saya gubah dalam bentuk syair. Buku tersebut boleh anda dapatkan di semua cawangan NLB seluruh negara.

Dan dalam masa yang sama, saya sedang meninjau beberapa buah kisah perjuangan puteri-puteri Melayu Nusantara dan tokoh-tokoh Melayu Singapura pada zaman silam untuk saya gubah menjadi beberapa syair dalam bentuk cerita rakyat. Insya-Allah, bahan-bahan ini akan menyusul di dalam perpustakaan negara tidak lama lagi.

Tiada ulasan: