Isnin, Februari 21, 2011

Hilang Di Bukit Halus - Peter Augustine Goh, Persama Enterprise Pte Ltd, Singapura 2011


(dengan ikhsan NLB Jurong)


Sinopsis

Novel kanak-kanak ‘Hilang DI Bukit Halus’ mengisahkan keghairahan Azri yang pergi bercuti bersama-sama kelaurganya di kompleks chalet yang terletak di puncak Bukit Halus. Azri dan sepupu-sepupunya telah sesat dan merayau-rayau selama 70 jam sejak mereka meninggalkan keluarga mereka sewaktu meredah hutan melalui Denai Kelana pada hari pertama keluarga Pak Kassim.

Keluarga Pak Kassim yang terdiri daripada Azri, Irfah, adik Azri, dan Mak Yanti, isterinya. Mereka tiba di puncak Bukit Halus pada suatu petang dan bergabung dengan keluarga Pak Omar yang juga turut bercuti di situ. Pak Omar bersama-sama isterinya, Mak Zainon dan ketiga-tiga orang anak lelaki mereka, Nizam, Nabil dan Hizkil telah berada di chalet itu sehari sebelum ketibaan keluarga Pak Kassim. Pak Omar abang Pak Kassim.

Sejak anak-anak itu hilang sesat, ibu bapa mereka, berasa bimbang dan mula digugat dengan pelbagai kemungkinan untuk meredakan kebimbangan mereka itu. Timbul pendapat dan sangkaan bahawa anak mereka disembunyikan makhluk ghaib penghuni hutan itu yang menyebabkan anak-anak itu sukar ditemui walaupun sudah dilakukan operasi mencari oleh pihak yang berwajib.

Keempat-empat orang budalelaki itu pula mengalami pelbagai pengalaman sewaktu mereka cuba mencari jalan keluar dari hutan teval itu. Azri didatangi lembaga-lembaga bermata merah yang berapung-apungan di udara, mereka dapat sebuah pemandangan indah, mereka terpaksa berlapar selama 70 jam, minum air sungai melepaskan dahaga dan tidur di tanah lapang dan dalam gua sewaktu hujan lebat turun.

Pada hari keempat, mereka bere,[at ditemui oleh kumpulan Orang Asli yang telah ditugaskan untuk menjejak budak-budak lelaki berempat orang itu. Kumpulan Orang Asli yang terdiri daripada 3 orang itu diketuai oleh Batin Cham. Akhirnya, mereka dapat kembali bertemu kaum keluarga masing-masing.

Azri mendapat keazaman batu setelah kejadian sesat di Bukit Halus itu. Dia berhasrat hendak pergi meredah hutan di Thailand pula dengan sepupu-sepupunya itu pada lain kali. Mereka akan mendapatkan seorang petunjuk dan menaiki gajah dalam ekspedisi meredah hutan di Thailand itu kelak.

Dalam buku cerita ini ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

1. Nilai kasih sayang yang cukup jelas disampaikan pengarang untuk mendidik pembacanya. Kehilangan Azri dan sepupu-sepupunya membimbang ayah dan ibu mereka, terutama sekali ibu mereka masing-masing.

2. Sikap mengambil berat akan kebajikan sesama saudara dapat dilihat daripada layanan Nizam, Nabil dan Hizkil terhadap Azri yang baru berumur sembilan tahun itu. Pengalaman mereka dalam kegiatan ko-kurikulum di sekolah, iaitu Kumpulan Penakap, membantu mereka mencari makanan dan air minuman sewaktu tersesat dalam hutan.

3. Bahasa penceritaannya amat mudah sekali dengan penggunaan kosa kata yang menarik dan segar. Terdapat glosari atau daftar kata pada bahagian akhir buku cerita, memudahkan pembaca muda untuk memahami sejumlah kosa kata yang baru. Beberapa buah lukisan garisan hitam menghiasi beberapa halamannya untuk memudahkan pembaca muda terutamanya mengimbas kembali atau menggambarkan jalan cerita dalam novel ini.

4. Soalan latihan yang agak baik digunakan untuk memudahkan pembacaan dan juga pemahaman cerita yang terkandung dalam novel kanak-kanak ini.

Saya serahkan kepada anda, para pembaca sekalian untuk menatap sendiri buku mudah lagi menarik ini. Bahan bacaan ini amat sesuai dibacakan untuk anak-anak secara lantang atau dibaca secara bergilir-gilir, dalam sekolah, atau di rumah.

Tiada ulasan: