Isnin, Februari 21, 2011

The American Boy - Andrew Taylor



Novel ini mengisahkan tentang kemelut Thomas Shield, seorang bekas pengetua sekolah sweaktu pengalamannya menghadapi seorang pelajar yang bernama Edgar Allan. Setibanya Thomas di kota London, Edgar begitu rapat dengannya. Mereka terbabit dalam sebuah kes pembunuhan seorang lelaki kaya yang mengheret mereka ke dalam pengalaman yang mengerikan.

Bahasa Inggeris zaman pertengahan yang agak berbeza dengan zaman moden ini memerlukan pembacaan kali kedua bagi saya memahami serta menghayati novel ini. Namun, banyak kejutan dan misteri yang menarik hati saya sewaktu membacanya.

Novel ini adalah bacaan yang kedua setelah Wild Swan yang saya baca dalam tempoh 2 hari sahaja.

Penulisnya, Andrew Taylor seorang warga British yang masyhur dengan penulisan novel-novel jenayah dilahirkan pada 14 Oktober 1951.

Tiada ulasan: