Isnin, Februari 07, 2011

Wild Swans oleh Jung Chang



Biografi yang memaparkan kisah tiga orang wanita warga China dan kemelut perjuangan mereka dalam kehidupan susah di sebuah negara yang baru sahaja diperintah Komunis.

Bermula dalam tahun-tahun 1900 dan berakhir dalam tahun 1978. Novel ini mencatat perjuangan di China, kehidupan rakyatnya dan kekejaman serta kesengsaraan yang mereka lalui dan hampir-hampir memusnahkan negara itu.
Daripada kisah-kisah kehidupan para gundik, hingga penjajahan dan penganiyaan tentera Jepun, Tentera Merah China, kisah suda duka, keperihan dan kepedihan hidup, kemiskinan dan wabak penyakit yang melanda, hinggalah soal-soal percintaan dan kesetiaan pada negara.

Novel ini bermula dengan kisah nenek penulis yang telah dijual ayahnya sendiri sebagai pelacur untuk melepakan diri keluarganya daripada kemiskinan kehidupan petani. Nenek penulis membenci kehidupannya dan akhirnya berjaya meninggalkan nkehiudpannya yang sedih itu setelah berjaya mengahwini seorang doktor yang kaya-raya dan dapat hidup tenteram membesarkan anaknya. Anak gadisnya membesar dan menjadi seorang aktivitis politik. Dia menyertai Kuomintang hinggalah pihak komunis mengalahkannya. Ibu penulis itu berkhawin dengan seorang pegawai komunis yang gigih lagi ternama.

Ayah penulis itu telah menyeret ibunya bersama-sama menyertai perbarisan yang jauh sepanjang seribu batu yang akhirnya membuat beliau keguguran dan menyaksikan cintanya kepada ayahnya itu. Namun, kehidupan berjalan terus dan menyita masanya untuk berduka lara itu.

Penulis lahir beberapa tahun kemudian itu dan dinamai Jung Chang. Beliau hidup dalam zaman yang penuh kesukaran yang melanda negara China. Sejak ke bangku sekolah hinggalah beliau berusia 16 tahun, beliau seorang pegawai komunis yang penuh taat. Beliau berasa kecewa apabila semua guru yang dia hormati dan kagumi telah dihukum bunuh kerana berfahaman kanan. Ibu dan bapanya telah disiksa hingga jatuh gila kerana berpegang teguh dengan fahaman asal komunis.

Tiada ulasan: