Isnin, Ogos 03, 2009

Aktiviti Bersama Penulis - Faisal Tehrani, NLB 31.8.2009 - 2.9.2009

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat pengalaman baru dan motivasi baru untuk terus bertakat dalam menatar anak-anak didik saya. Selain menyertakan mereka dalam sesi bersama penulis Faisal Tehrani, saya sendiri berpeluang berkongsi sedikit pemahaman saya dan mendapat banyak pandangan daripada perbualan singkat dengan beliau. Aktiviti Baca! Singapura 2009 dalam bahasa Melayu ini amat jaya dilangsungkan, oops, ada sebuah majlis saya terlibat secara langsung dengan tajuk Trend Sastera Melayu Masa Kini. Cukup menarik, dapat banyak pandangan daripada Cikgu Suratman Markasan, Cikgu Helmilina Md Som dan Encik Faisal sendiri. Saya berharap bantuan yang saya terima daripada kata-kata sokongan setiap satunya serta pengalaman langsung para pelajar dengan penulis dalam satu bengkel yang dijalankan Faisal Tehrani sendiri akan memberi imbuhan terhadap pemahaman mereka dalam menjadi pelajar yang lebih baik, dalam kelas saya terutamanya. Terima kasih setinggi-tingginya buat Puan Norshida dan Encik Herman, NLB.





Tiada ulasan: