Sabtu, Ogos 01, 2009

Baca! Singapura 1.3, Cadangan Aktiviti

Aktiviti yang dicadangkan untuk kedua-dua teks yang dibaca adalah seperti berikut.
1.Pembacaan teks dengan bantuan rakaman audio.
2.Perbincangan jalan cerita dengan ayat lisan yang mudah.
3.Membuat buku kecil atau kotak cerita atau komik yang mudah berdasarkan cerita.
4.Membuat papet tangan.
5.Membina dialog-dialog mudah berdasarkan keratan teks cerita pendek.
6.Melakonkan dialog-dialog yang dibuat dengan menggunakan papet yang dibuat sebelumnya.
7.Menjawab soalan kefahaman yang dibuat berperingkat-peringkat.
8.Membincangkan perwatakan dan ditulis dalam bentuk karangan pemerian yang mudah.
9.Membina puisi mudah berdasarkan teks yang diberikan.
10.Mengutus surat atau emel berdasarkan teks yang dibaca.
11.Membuat ringkasan cerita atau sebahagian peristiwa yang terdapat dalam teks.
12.Membuat latihan imbuhan.
13.Membuat latihan mengayat berdasarkan senarai perkataan atau daripada beberapa peristiwa.
14.Membuat laopran berbentuk berita bagi beberapa peristiwa yang terdapat dalam cerpen.
15.menyenaraikan perkataan atau frasa dan mencari padanannya dan maknanya dalam kamus.

Tiada ulasan: