Memupuk Cita-cita
* Ramai orang ingin mencapai cita-cta, tetapi keinginan sahaja tidak mencukupi untuk membawa kita tiba ke puncak cita-cita. Kita harus berani berjuang untuk berusaha dan menjadikannya kenyataan dengan bertindak bijak. Kita harus kaya dengan cita-cita.
* Anda mesti gigih berjuang gigih dengan semangat yang menyala-nyala untuk mencapai cita-cita anda itu. Kecil atau besarnya sesorang manusia itu ditentukan oleh kecil atau besarnya cita-cita yang dibina dalam hidupnya.
* Betapa kuatnya cita-cita anda, jika tidak disertai dengan tindakan yang wajar, tidak akan terlaksana. Cita-cita yang baik itu tidak diamalkan kerana etrnyata cita-cita itu ibarat sebuah mimpi.
* Gagahkan diri anda untuk mencapai cita-cita. Berjuta-juta manusia yang berjaya berhasil mencapai cita-cita mereka bukan kerana mereka pandai tetapi mereka berani mencuba. Bagi Iskandar Zulkarnain, Maharaja Makadunia, "Tidak ada yang mustahil bagi mereka yang berani mencuba."
Membina Kejayaan
* Jika anda membiasakan diri memikirkan kejayaan dan berasa diri anda sebagai salah seorang yang telah berjaya, sikap demikian akan pasti membawa anda lebih dekat ke arah tahap kejayaan.
* Perlu anda ketahui bahawa seseorang yang telah berjaya bukanlah orang yang menafikan masalah yang timbul tetapi adalah seseorang yang faham cara-cara mencari ikhtiar menanganinya apabila berhadapan dengan rintangan dalam usahanya mencapai cita-cita.
* Kejayaan tidak akan dapat kita hampiri, apa lagi untuk kita capai dengan hanya kata-kata kosong tanpa usaha. Cara yang paling berkesan adalah melalui tindakan yang jitu lagi wajar.
* Setiap kejayaan harus diperjuangkan. Setiap perjuangan mesti ada menang kecundang, manis pahitnya, gagal jayanya. Demikianlah lumrah alam ini.
Menghadapi Kegagalan
* Jika anda menghadapi kegagalan, usah sekali-kali membiarkan kegagalan itu meracuni dan melemahkan semangat anda. Anda harus yakin bahawa setiap kesulitan dapat diatasi dan jangan sekali-kali menyerah kalah atau berputus asa.
* Usahlah anda berputus asa jika ada masa-masanya anda terpaksa berhadapan dengan kegagalan. Usahlah anda menyerah kalah. Anggaplah setiap masalah yang anda lalui sebagai cabaran atau ujian daripada Allah swt.
* Jika anda menghadapi kegagalan kerana kesilapan, usahlah mengecam nasib. Hal sedemikian tidak ada faedahnya. Anda harus ada hasrat dan kemahuan yang semakin kukuh untuk memperbaiki kesilapan itu.
* Pujangga Hamka pernah mengatakan, "Usah takut menghadapi kegagalan kerana dengan kegagalan itu kita beroleh pengalaman tentang kekuatan dan kelemahan diri kita. Yang harus kita takuti adalah gagal kali kedua dalam perkara yang sama."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan