Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Selasa, November 06, 2007
Bacaan Saya Waktu Ini
Judul: Senopati Pamungkas 1
Penulis: Arswendo Atmowiloto
Terbitan: PT Gramedia Pustaka Utama, 2003
Buku novel persilatan ini mengenai seorang sateria keraton bernama Upasara Wulung yang bersama-sama menyaksikan kejatuhan Kerajaan Singasari dan Maharaja Kertanegara. Upasara Wulung yang berilmu tinggi ini seorang tokoh yang baik budi dan berhemah tinggi. Keadaan setelah kejatuhan Maharaja Kertanegara dari takhta yang direbut oleh Maharaja Jayakatwang amat mengharukan dengan mengakibatkan ramai rakyat dan para hulubalang ulung terkorban. Saingan Upasara Wulung ialah Senopati Ugrawe yang ternyata seorang yang berwatakan bengis lagi kejam.
Buku novel persilatan ini terdapat banyak kekata bahasa Jawa kuno dan Sanskrit yang disediakan maknanya. Pelbagai maklumat mengenai dunia persilatan termaktub di dalamnya. Sungguh mengkagumkan. Buku setebal ini berjumlah 1115 halaman. Walaupun tebal, saya sedang menikmati setiap bahagian ceritanya.
Ternyata kejayaan Upasara Wulung dalam membela negaranya daripada serangan tentera Mongol Tatar dari Tanah Besar China dengan menundukkan Kiai Sangga Langit beserta Panglima-pamnlima Dewa Naga amat disanjungi oleh Maharaja Jayakatwang namun berlaku masalah antara mereka. Upasara Wulung mengincar Dewi Gayatri tetapi diangkat Maharaja Jayakatwang sebagai Permaisurinya. Maka, Upasara Wulung tidak mahu menerima jawatan Senopati Pamungkas yang dikurniakan Maharaja Jayakatwang lalu pulang ke Perguruan Awan untuk menghindari semua kemelut di keraton.
Kemelut di istana kerajaan baru yang ditadbir Maharaja Jayakatwang semakin menular. Semakin seronok plot cerita ini saya dapati.
Apa pula buku bacaan anda pada waktu ini?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan