Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Rabu, November 14, 2007
Hanya Berkongsi Kebahagiaan Saya Dgn Anda
*** gambar kedua-dua orang anak saya ***
Betapa tidaknya, saya meninggalkan mereka sejak Mei 2004. Saya pulang kembali ke sini hujung April 2007. Kini, pulang semula ke tanah air dan dapat melihat mereka membesar. Mendengar celoteh, repekan dan tawa tangis mereka. Mahu juga saya berkongsi harapan dan cita-cita mereka.
Salah satu kebanggaan seseorang ayah itu terletak pada anak-anaknya. Tanggungjawab terhadap anak-anaknya juga bukan sesuatu yang boleh dia ambil lewa. Saya juga percaya, ayah dan ibu anda juga amat mengasihi anda.
Pernyataan sayang dan kasih akan orang-orang yang kita sayangi perlu dilakukan dengan kerap. Anak-anak saya senang dengan saya. Mereka sedar betapa saya juga tidak akan bersetuju sesuatu yang perbuatan kurang elok; sikap saya itu seperti orang lain juga.
Begitulah juga harapan saya kepada anda terhadap kedua-dua ayah dan ibu anda sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan