Selasa, November 13, 2007

Pantun Panglima

01.
Burung helang terbang menjerit,
Unggas melayang jadi mangsanya;
Keris disandang pedang diheret,
Takut berjuang apa gunanya.


02.
Canang pendekar hebat bunyinya,
Raja berangkat istana Puri;
Jangan kaucabar darjat panglima,
Salah disanggah ajal menanti.


03.
Bunga telapuk songket pendekar,
Senget terselak sebelah kiri;
Bumi kutampar langit bergegar,
Inikan pula busut baru nak jadi.


04.
Pohon gajus condong ditangkat,
Buahnya timbul jatuh di perigi;
Walaupun putus jalan maripat,
Cakap takbur ilmu tak jadi.


05.
Kayu serentang dibuat antan,
Lesungnya pula batang membatu;
Sikat melintang lagi kutelan,
Inikan pula membujur lalu.


06.
Ikan kenderah masak berkuah,
Giling perisa tidak berkunyit;
Takat sedepa kaubawa galah,
Janganlah cuba 'nak jolok langit.


07.
Cantiknya rupa burung belatuk,
Cari makan di tunggul buruk;
Kail sebentuk umpan secangkuk,
Habis kutangkap ikan selubuk.


08.
Buat sikat si duri tanduk,
Sikatkan mari anak Cik Yusup;
Kalau setakat umpan secangkuk,
Anak seluang makan tak cukup.


cuplikan
1000 Pantun Dondang Sayang
KEKKWA, Malaysia, 2004.

Tiada ulasan: