Isnin, Oktober 22, 2007

Projek Inilah Kisah Hidupku 3

-Hingga Usia 6 Tahun

Pencetus Kenangan
- Apakah cerita-cerita yang pernah ayah ibu dan saudara mara anda dengar mengenai zaman anda kecil-kecil dulu? Apakah ingatan mereka yang pernah dikongsi bersama-sama mengenai anda sewaktu masih kanak-kanak lagi?

- Di manakah tempat tinggal anda itu. Bagaimanakah keadaan kejiranan tempat tinggal anda? Siapakah jiran-jiran anda? Apakah bentuk rumah anda pada waktu itu? Pernahkah anda berasa sedih apabila di suruh tidur bersendirian atau tidur awal daripada anggota keluarga anda yang lain?

- Apakah yang anda amat takuti pada waktu itu? Adakah ketakutan anda itu bersangkut paut dengan seseorang, sesebuah tempat atau barang? Bagaimanakah anda mengatasi perasaan takut anda itu pada akhirnya?

- Apakah kenangan yang masih jelas terbayang sewaktu anda masih kanak-kanak lagi? Adakah sebarang potret diambil untuk merakam gambar anda pada waktu itu? Bahan-bahan itu amat baik sebagai pencetus kenangan. Nyatakan apa-apa yang anda dapati daripada menatap gambar-gambar itu.

- Apabila anda berkelakuan baik, apakah yang dapat sebagai imbalan daripada ibu bapa anda?

- Apakah permainan sewaktu anda kanak-kanak? Anda bermain-dengan dengan siapa? Pernahkan anda memiliki seorang teman ‘istimewa’, yang tidak dapat dilihat orang lain? Pernahkah anda disertakan dalam perkhemahan atau kelas-kelas khusus pada waktu itu? Pernahkah anda berasa hendak terus pulang ke rumah kerana tidak mahu menyertai aktiviti itu?

- Ingatkah anda akan masa-masa kelahiran adik-adik anda? Bila? Di mana? Perikan perasaan anda pada waktu itu. Adakah anda seorang abang atau kakak yang baik?

- Adakah anda mendapat kasih sayang yang penuh pada waktu itu? Pernahkan anda menyertai kelas-kelas nurseri atau taska(taman asuhan kaanak-anak)?

- Ada orang mengatakan mereka hidup miskin tetapi tidak memahaminya. Pernahkah anda bersikap sedemikian?

- Adalah anda mengalami sebarang kemalangan pada waktu itu? Pernah pergi ke hospital untuk menerima rawatan? Huraikan.

- Adakah anda memiliki binatang peliharaan sewaktu anda kanak-kanak? Apakah nama binatang peliharaan anda itu? Ceritakan mengenainya.

- Pernahkan anda memiliki sebarang alat permainan yang sangat anda sayangi?

- Ingatkan pesta hari jadi yang dianjurkan oleh ayah dan ibu anda untuk anda? Ceritakan mengenainya. Apakah hadiah yang paling bernilai yang anda terima?

- Apakah makanan kegemaran anda? Adakah anda diberi makanan berasingan daripada keluarga atau anda makan bersama-sama mereka? Apakah hidangan pencuci mulut yang anda gemari? Apakah makanan yang amat anda benci?


Panduan 9 hingga 12

9. Usah menulis untuk mengajar orang lain. Perikan kisah nada dengan gaya yang mudah dan secara jujur seperti yang pernah anda alami sendiri. Biarkan kisah anda itu membawa kesan-kesannya sendiri. Usah mengarah pembaca tetapi biarkan mereka memahami sendiri.

10. Usah nantikan saat-saat ilham tiba. Mulakan kerja menulis walaupun hanya sedikit sahaja yang dapat dihasilkan pada mulanya.

11. Kita mengambil contoh tetapi bukan meniru daripada bahan yang telah dihasilkan oleh orang lain. Sering kali, kisah-kisah orang lain akan mendorong kita mengungkapkan kenangan mengenai kisah anda pada masa lalu.

12. Bayangkan anda sedang mengutus surat kepada orang yang kamu sayangi untuk menceritakan apa-apa yang terjadi. Kamu boleh memulakan dengan frasa: “ke hadapan Sahabatku yang dihormati’ (yang mana anda boleh memangkasnya kemudian).

Tiada ulasan: