Isnin, Oktober 22, 2007

Projek Inilah Kisah Hidupku 4

-Zaman Sekolah Rendah

Pencetus Kenangan

- Apakah sikap anda sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah? Ingatkah anda akan hari pertama di sekolah? Adakah pengalaman itu menyenangkan atau apa pula yang tidak? Apakah anda mahu sahaja pulang ke rumah?

- Adakah anda berasa ghairah sewaktu pergi ke sekolah? Adakah kerana anda akan bersekolah dengan abang atau kakak anda? Bagaimanakah pergaulan anda dengan murid-murid yang lain?

- Adakah sekolah anda itu dekat atau jauh dari rumah anda? Bagaimanakah anda pergi ke sekolah anda itu? Berapa lamakah anda menuntut di sekolah itu? Adakah anda berpindah ke sekolah lain kerana menuruti keluarga anda berpindah rumah? Adakah anda menghadapi masalah akibat perpindahan itu?

- Adakah anda pulang makan tengah hari di rumah atau anda menikmati hidangan di kantin sekolah? Adakah anda membawa bekal untuk dimakan sewaktu berehat? Apakah makanan kegemaran anda ketika itu?

- Kelas mata pelajaran apakah yang anda gemar? Yang mana pula yang anda tidak suka? Adakah anda memiliki sebarang minat atau kemahiran yang membuat anda terkenal din sekolah itu? Adakah hal ini mempengaruhi minat anda selanjutnya hingga hari ini?

- Adakah apa-apa keinginan anda sebagai seorang kanak-kanak? Pernahkah anda berpeluang memilikinya? Apakah perasaan anda pada waktu itu? Apakah hadiah istimewa yang anda dapat dan yang masih anda ingati?

- Pernahkah anda berkhayal sewaktu usia begini? Apakah yang anda khayalkan itu?

- Pernahkah anda mempunyai guru yang amat anda suka? Adakah guru anda ini mempengaruhi kelakonan anda di sekolah? Ceritakan salah satu peristiwa yang masih segara dalam ingatan anda mengenai guru tersebut.

- Pernahkah anda membawa pulang buku laporan yang kurang memuaskan? Mengapa? Apakah reaksi ibu bapa anda? Adakah ibu bapa anda berpendapat anda menerima pendidikan sekolah yang baik? Bagaimanakah hubungan anda dengan ibu atau ayah anda? Pernahkah anda mereka hukum? Mengapakah anda mereka hukum?

- Adakah rakan-rakan sekolah anda yang menjadi terkenal? Adakah anda masih bersahabat dengannya?

- Siapakah tokoh atau orang yang amat memberi pengaruh yang besar atas diri anda?

- Apakah perasaan anda apabila anggota keluarga anda duduk bersama-sama menghadapi hidangan sarapan, makan tengah hari atau makan malam? Apakah yang anda sekeluarga lakukan bersama-sama pada hari-hari kelepasan?

- Apakah permainan yang anda dan rakan-rakan jalankan sewaktu zaman persekolahan ini? Adakah anda berpeluang belajar menunggang basikal? Bersepatu roda? Bermain guli bersama-sama kawan-kawan anda?

- Pernahkah anda berasa terasing sewaktu kanak-kanak dahulu? Adakah anda gemuk, tinggi, pendek atau pun lincah? Bagaimana anda berpakaian? Adakah anda seorang yang pemalu?

- Bagaimanakah hubung anda dengan abang, kakak dan adik anda? Adakah mereka juga bersekolah? Adakah mereka sudah bekerja? Apakah tugas-tugas harian di rumah yang ibu bapa anda mahu anda lakukan? Tugas-tugas yang mana satukah yang tidak anda senangi?

- Apakah pernah anda bekerja untuk mencari sedikit wang sewaktu cuti sekolah?

- Cuti yang manakah yang sangat anda suka?



Panduan 13 hingga 16

13. Kerja menulis akan menjadi mudah sekiranya anda mempunyai bahan yang mencukupi. Sesudah semua nota dan catatan dikumpulkan, berilah tempoh bagi idea anda itu untuk berkembang. Biarkan gerak hati anda menyusun setiap idea anda itu. Tidak lama sesudah itu, idea-idea yang menarik akan timbul dengan sendirinya. Semak semula catatan anda, susun semua idea-idea itu dan mulakan kerja-kerja menulis.

14. Biar gaya anda mudah. Gunakan kosa kata yang mudah lagi tepat. Hal ini akan memudahkan anda melahirkan idea secara bersahaja, anda akan mudah difahami pembaca-pembaca anda. Usah gunakan perkataan yang sukar. Gunakan kekata yang biasa. Usah gunakan kata-kata yang kompleks. Gunakan gaya yang biasa dalam ungkapan idea dalam ayat-ayat yang mudah dan menarik.

15. Usah gunakan terlalu banyak ayat kompleks. Usah longgokkan banyak idea dalam sesebaris ayat. Pembaca akan cepat bosan. Saya juga ada kecenderungan sedemikian. Jika berlaku perkara sedemikian, saya akan memecah-mecahkan idea-idea itu dalam bentuk-bentuk mudah. Ayat-ayat yang ringkas akan saya bina bagi setiap idea. Namun, pelbagaikan jenis ayat yang anda tuliskan. Akhirnya, akan terhasil nada dan gaya dalam bentuk ayat-ayat yang anda hasilkan. Umunya, ayat mudah mengandungi setidak-tidaknya 15 patah perkataan, yang sederhana 15 hingga 30 patah perkataan, dan yang panjang, 30 patah perkataan atau lebih.

16. Penulis harus tekal dalam penggunaan kata ganti diri sepanjang membina ayat-ayat tersebut.

Tiada ulasan: