Projek Inilah Kisah Hidupku 2
- Zaman Kanak-kanak
Setiap kisah yang menarik memiliki permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Mungkin, anda tidak terfikir memulakan sesuatu perbincangan mengenai saat-saat setelah anda dilahirkan suatu tugas yang mudah. Sebenarnya, jika anda memulakannya dengan teliti, anda akan mampu menulis lebih daripada satu halaman. Dengan berkongsi catatan anda dengan orang rakan anda yang lain, idea anda untuk memulakan bahagian ini akan bertambah dan boleh dipelbagaikan. Oleh itu, disarankan anda berkongsi gaya penceritaan sesama sendiri dan buatlah apa-apa catatan dan tokokan pada bahan anda mana-mana yang anda fikirkan perlu.
3 Langkah Yang Dapat Membantu Menyudahkan Penulisan Anda
Manfaatkan tiga usul di bawah ini dalam menangani kerja-kerja penulisan bahan kamu pada masa akan datang.
1. Teliti Pencetus Kenangan yang diusulkan dan apabila ada yang merangsang minda anda, buat catatan pada buku coretan anda.
2. Baca bahan yang ditulis oleh rakan-rakan anda yang lain. Berkemungkinan, bahan anda boleh dipertingkatkan daripada catatan yang mereka buat. Buat catatan sendiri.
3. Sebelum memulakan penulisan, semak semula panduan penulisan yang telah disediakan.
Pencetus Kenangan
- Tahukah anda tempat, masa, dan keadaan kelahiran anda? Jam berapa, hari apa, tarikh, berat badan; dan fakta-fakta lain? (Rujuk hari kelahiran anda, jika anda tidak tahu, gunakan kalendar yang terdapat dalam almanak.
- Catatkan beberapa perkara yang dikatakan ibu bapa serta saudara mara yang rapat mengenai kelahiran anda. Siapakah yang mereka khabarkan dahulu tentang kelahiran anda? Adakah tekaan mereka tepat mengenai anda; bayi lelaki atau bayi perempuan?
- Adakah tempat kelahiran anda unik? Di rumah, di hospital atau semasa dalam perjalanan ke sana? Siapakah yang menyambut kelahiran anda? Adakah masalah sewaktu anda dilahirkan? Siapa-siapakah yang hadir sewaktu anda dilahirkan? Adakah anda tahu keadaan ibu anda semasa mengandungkan anda? Apakah yang berlaku kepadanya sewaktu berpantang sesudah melahirkan anda? Adakah anda dilahirkan pada hari istimewa atau sewaktu berlakunya sebuah peristiwa yang istimewa? Apakah bintang zodiak kelahiran anda? Apakah nama bulan Islam sewaktu kelahiran anda?
- Pernahkah ibu bapa anda menceritakan tujuan mereka menamakan anda sedemikian rupa? Apakah peristiwa di sebalik penamaan anda itu? Sukakah anda akan nama anda itu? Adakah anda mengalami masalah dengan nama anda sesudah itu?
- Adakah anda anak tunggal dalam keluarga anda? Adakah adik-beradik selain anda dalam keluarga anda itu? Berapa ramaikah adik-beradik anda itu? Nyatakan nama-nama dan umur mereka. Adakah anda anak yang sulung, anak yang tengah atau anak yang bongsu? Jika boleh diputarkan masa, mahukah anda menjadi yang sulung, tengah atau yang bongsu?
- Berapakah usia ibu bapa anda sewaktu anda dilahirkan? Apakah kerja ayah dan ibu anda pada waktu itu? Bolehkah mereka digolongkan sebagai orang-orang miskin, sederhana atau mewah pada masa kelahiran kamu? Adakah mereka mempunyai buku catatan sewaktu kamu masih bayi lagi?
- Siapakah presiden atau perdana menteri Singapura sewaktu kamu dilahirkan? Adakah peristiwa bersejerah yang berlaku sewaktu kelahiran kamu, sama ada peritiwa tempatan atau nasional atau antarabangsa? Adakah peristiwa-peritiwa lucu berlaku bertepatan dengan tarikh kelahiran kamu?
4. Ramai orang ada banyak yang hendak diperikan tentang kelahiran dan banyak peristiwa yang berlaku bertepatan dengan tarikh kelahiran kamu. Jika tidak, gabungkan dalam sebuah bahan fakta-fakta kelahiran kamu dengan apa-apa yang kamu ingati dalam tempoh lima tahu setelah kamu dilahirkan, termasuk waktu kamu mula pergi ke kelas-kelas prasekolah rendah.
- Ada sesetengah penulis mengungkapkan sebuah masalah yang timbul dan menerangkan cara-cara masalah itu diselesaikannya. Penggunaan dialog-dialog juga dapat memberikan kepelbagaian dalam bahan tulisan yang anda siapakan itu.
5. Biar khusus. Gunakan kekata yang khusus daripada kekata yang umum. Ayat ‘Dia seorang yang tegap dan kacak’ lebih baik daripada ‘Dia tinggi dan kuat.’ Biar nama , tarikh dan tempat ditulis dengan jelas. Anda menetapkan apa-apa yang berlaku dalam kehidupan anda pada masa lalu. Gunakan kaedah menulis berita, siapa, apa, di mana, mengapa, bila, kenapa, berapa dan bagaimana?
6. Gunakan bahan yang cukup untuk membuat catatan. Catatan pada buku nota atau kertas yang cukup besar, bersaiz A4, yang diberkas memadai.
7. Tulis pernyataan dan bukan tanggapan. Menulis seolah-olah kamu sedang berbicara kepada seorang teman baik. Kerja menulis tidak menuntut anda menjadi orang lain. Usah berasa kekok untuk membuat pernyataan. Tulislah dengan gaya anda yang santai.
8. Buku nota haruslah sentiasa berada pada anda pada setiap waktu. Rakam saat-saat menarik dalam ingatan anda di dalam buku catatan itu. Gagal melakukannya, anda akan kehilangan ingatan tersebut. Anda akan emndapati anda mempunyai banyak idea untuk tulisan anda itu.
Mengumpul Kenangan-kenangan Dan Menggarap Idea
Kesedaran anda atau gerak hati anda akan membantu anda dalam menginagti semula apa-apa yang anda pernah alami suatu masa dahulu. Gerakkan monda dengan mengingati masa mula-mula anda melakukan sesuatu. Kenangan kita selalu berkita di sekeliling orang-orang yang kita kenali, tempat-tempat, rumah kita, rakan-rakan, persahabatan dan juga peristiwa-peristiwa yang berkesan di hati. Susunlah kesemuanya dalam urutan yang penting hingga kepada yang tidak penting. Kenangan kita akan bergerak dalam keadaan tenang. Jika tidak berhasil, pindah pada idea yang lain pula. Mana-mana yang anda inginkan pasti akan terbit semula.
Namun, jika anda senang dengan sesuatu yang baharu lagi dramatik dan baru saja berlaku, teruskan. Anda yang menentukan kisah hidup anda ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan