Tersebutlah pada zaman dahulu, ada seorang nelayan yang miskin lagi jujur pergi keluar mejala di tengah lautan. Gelombang besar tidak menakutkannya kerana dia sedar betapa dia mencari rezeki yang halal untuk keluarganya. Dia sedar Allah akan memberkati rezekinya yang dicari dengan titik peluhnya sendiri.
Setelah beberapa lama dia menebarkan jala, dia tidak mendapat apa-apa tangkapan pun. Dia berhenti seketika sambil menadah tangan ke langit seraya berdoa.
“Tuhanku, Engkau yang memberikan rezeki kepada sesiapa yang engkau kehendaki dan Engkau merahmati sesiapa yang Engkau rahmati. Sesungguhnya aku mohon rezeki daripada-Mu untuk kuhidupi keluargaku,” doanya dengan bersungguh-sungguh.
Setelah itu, dia menebarkan jalanya sekali lagi. Sewaktu nelayan itu menarik jalanya kali ini, dia mendapat seekor ikan yang sangat luar biasa. Sisik ikan itu berkilau-kilauan seperti emas. Dua biji matanya pula keliahtan seperti intan yang bergemerlapan. Nelayan itu mengucapkan kesyukurannya lalu bersujud di dalam sampannya itu dan menadah ke langit sekali lagi. Dia belum pernah melihat ikan yang secantik dan seganjil itu.
Setelah dia mengalihkan ikan itu ke dalam sebuah bekas yang mengandungi air laut, dia duduk berfikir seketika.
“Pasti tidak ada sesiapa yang akan mahu membeli ikan ini dengan harga yang tinggi,” katanya dalam hati. “Mereka akan menganggap ikan ini seperti ikan-ikan biasa yang lainnya.”
Setelah puas berfikir, dia mnegambil keputusan untuk membawa ikan itu sewaktu dia menghadap rajanya. Raja di negeri tempat tinggalnya itu termasyhur sebagai seorang raja yang amat adil lagi bijaksana. Akan tetapi, permaisuri baginda terkenal pula dengan sikap kikir sedta tamak. Namun, dia bertekad untuk mempersembahkan ikan yang dia dapat itu kepada rajanya.
Sewaktu menghadap rajanya dengan mempersembahkan ikan tangkapannya itu, raja tersebut berasa takjub lagi kagum ketika melihat ikan itu.
“Wahai nelayan, Di manakah engaku dapat ikan yang ganjil lagi ajaib ini?” titah raja.
Nelayan itu berdatang sembah sambil berkata, “Ampun tuanku! Patik dapat menangkap ikan yang ajaib ini dengan menjalanya di sebuah teluk di lautan selatan negri ini.”
“Wah, sungguh engkau berani menjala ikan di sana pada masa keadaan laut bergelombang besar lagi berbahaya pada musim ini!” puji raja.
“Ampun tuanku, dengan izin Allah juga, sesuatu yang susah dapat dilaksanakan,” sembah nelayan itu dengan penuh takzim.
Baginda raja berasa gembira mendengar sembah nelayan itu lalu mengahdiahinya seribu wang emas. Nelayan itu bersyukur sesudah mengucapkan terima kasih atas kurnia rajanya itu. Dia menerima pemberian raja itu dengan penuh rasa hormat.
Pada waktu itu, permaisur raja lalu bertitah, “Ayuhai Kakanda, bukankah pemberian itu terlalu mahal bagi harga seekor ikan sahaja.”
“Tidak mengapa, wahai adinda! Ikan yang beta dapat daripada nelayan ini bukan ikan sebarangan. Cuba adinda lihat ….,” titah baginda lalu menunjukkan ikan yang sudah dialihkan ke dalam sebiji mangkuk yang berisi air. Sisik ikan itu keemas-emasan sementara biji-biji matanya berkilau-kilauan seperti intan.
“Bagi adindalah, ikan tetap ikan,” celah permaisuri dengan megahnya.
“Kalau demikian menurut adinda, apakah yang mesti kakanda lakukan sekarang?” titah baginda sambil tersenyum.
“Itu mudah sahaja,” jawab permaisuri dengan manja. “Kakanda panggil semula nelayan itu dan titahkan kepadanya untuk diberitahu sama ada ikan itu jantan atau betina. Jikalah dia menjawab jantan, kakadan katakan betina dan begitu sebalinya, supaya jawapan nelayan itu boleh dikatakn salah. Denga yang demikian, wang yang diambil itu kanda paksa dia kembalikan.”
Setelah mendengar sembah permaisuri itu, raja itu lalu menitahkan pengawalnya memanggil nelayan itu datang kembali menghadap baginda. Apabila dia mendengar bahawa dia diperintahkan supaya menghadap baginda semula, nelayan itu tersentak. Namun, dia segera masuk menghadap raja.
“Ampun tuanku, pati datang mengadap,” sembah nelayan itu.
Raja itu lalu bertitah,”Beta mahu tahu. Jika jawapan kamu betul, tidak mengapa. Namun, jika jawapanmu salah, beta mahu kamu kembalikan semula hadiah yang telah beta kurniakan kepada kamu sebentar tadi.”
“Titah dijunjung, ampun tuanku!” balas nelayan itu.
“Apakah ikan yang kami bawa sebentar tadi iakn jantan atau ikan betina?”
Nelayan itu berfikir sejenak. Dia pun lalu bersuara sesudah beberapa katika, “Ampun tuanku, sebenarnya ikan itu bukan ikan jantan atau ikan betina. Ikan itu …..” jawanya sambil tersenyum simpul.
Raja itu kemudian ketawa terbahak-bahak! Sesusah reda ketawanya, baginda lalu bertitah, “Bagus, kamu tidak perlu menjawabnya!” Baginda masih tersenyum simpul cuba menahan dirinya daripada terus ketawa. Baginda lalu menghadiahi nelayan itu seribu wang emas lagi.
Melihatkan tindakan baginda raja, permaisur mengerut-ngerutkan keningnya sambil menarik wajah masam kerana rancangannya tidak menjadi.
Nelayan itu semakin gembira mendapat wang tamahan itu. Dia pun lalu memasukkan wang yang baru didapatinya ke dalam uncang yang dia bawa itu. Tiba-tiba sejumlah wang meas itu jatuh ke lantai. Nelayan itu memnugutnya dengan segera dan memasukkannya semula.
Melihat akan hal itu, permaisuri lalu berbisik kepada baginda raja, “Lihat kakanda, betapa kedekutnya nelayan ini. Satu keping wang mas pun dia kutip, sedangkan dia sudah memiliki hampir dua ribu keping wang mas!”
Raja bersetuju dengan kata-kata permaisuri itu lalu baginda bertitah lagi, “Hai, nelayan. Kamu ini sangat kedekut! Kamu mendapat banyak wang emas tetapi sekeping yang jatuh pun kamu pungut!”
Nelayan itu tersentak mendengar akan titah rajanya. Dia lalu mengangkat sembah seraya berkata, “Ampun tuanku! Sebenarnya, patik memungut semula wang emas yang jatuh itu bukanlah patik kedekut dan tamak. Patik amat menjunjung duli tuanku. Patik tidak rela wang emas yang ditempa dengan gambar wajah tuanku jatuh di lantai dan dipijak-pijak orang, ampun tuanku!”
Mendengar akan jawapan nelayan itu, baginda berasa sungguh terharu. Tanpa berfikir-fikir lagi, baginda menambah jumlah wang emas kepada nelayan itu. “Wahai nelayan yang bijaksana,” titah baginda, “Kamu rakyat beta yang taat lagi setia. Beta tambah lagi jumlah wang emas kamu itu.”
“Ampun tuanku, kurnia tuanku patik junjung tinggi,” sembah nelayan itu lagi sambil mengukirkan senyuman sekali lagi.
Permaisuri raja menjadi bertambah-tambah murka namun baginda hanya menahan dirinya. Nelayan itu pulang ke rumah dengan perasaan yang sungguh gembira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan