Khamis, Mei 05, 2011

Sebuah Majlis Persandingan Yang Saya Pernah Saya Saksikan



Aku terhidu haruman hidangan nasi beriani berserta lauk-pauknya yang terhidang di atas meja para jemputan. Aku melihat hiidangan itu masih berwap-wap lagi sewaktu dihidangkan untuk para jemputan. Aku terus melangkah masuk ke dewan itu bersama-sama ayah, ibu dan adikku. Para tetamu itu kuliat sedang menikmati hidangan yang berbau enak itu. Irama muzik yang menghiburkan hati memenuhi ruang dewan itu memeriahkan lagi majlis itu. Dewan itu kelihatan begitu indah dengan perhiasan bunga-bungaan dan reben-reben berwarna kuning.


Majlis walimah persandingan itu diadakan pada hari Sabtu, 28 Jun 2010 di Dewan Singgahsana Perkampungan Melayu. Pada pukul 5.00 petang, ramai tetamu dan tiba di dewan itu. Nenek dan datukku yang mengadakan majlis itu. Majlis itu sudah bermula sejak jam 4.00 petang dan akan tamat pada jam 10.00 malam nanti.


Tidak lama kemudian, kedengaran paluan hadrah dan kompang dengan dendangan zikir dan ucapan-ucapan selawat. Penganti lelaki telah tiba bersama-sama rombongannya. Dua orang lelaki berarak sama sambil memegang bunga manggar mendahului pengantin dengan dua orang pengapitnya. Rombongan pengantin lelaki itu disambut oleh beberapa orang ibu saudaraku yang menaburkan berat kunyit ke arah pengantin lelaki itu. Sambil berpantun-pantun dengan riangnya, pengantin lelaki lalu dibawa duduk bersanding dengan pegantin perempuan di atas pelamin. Persembahan silat pengantin dibuat sebagai acara utama sebaik-baik sahaja pengantin duduk bersanding. Aku berasa seronok menyaksikan ayah-ayah saudaraku bergilir-gilir membuat persembahan silat penganti secara solo dan berkumpulan denagn iringan paluan hadrah dan kompang itu.


Sesudah selesai persembahan silat pengantin itu, dilanjutkan dengan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh kakak saudaraku dan kawan-kawan kelab tariannya. Tarian Bunga Rampai itu ditarikan dengan lemah gemalai oleh kakak saudaraku itu dengan kawan-kawannya yang berpakaian tradisional yang sungguh indah dan berwarna-warni.

Sejurus kemudian, aku melihat mak andam membetulkan kedudukan pasangan mempelai di atas pelamin. Datuk dan nenekku berserta beberapa orang tua yang lainnya lalu melakukan upacara tepung tawar dan merenjis air mawar kepada kedua-dua orang mempelai. Ibuku berkata bahawa upacara itu dibuat untuk menunjukkan tanda persetujuan ahli keluarga akan pasangan pengantin yang sudah diijab kabul dan disambut sebagai menerima anggota baharu dalam kelarga kami. Ibu juga mengatakan ucapara itu juga dibuat untuk memberi peluang kepada anggota keluarga yang lain memberi restu kepada pasangan mempelai. Sesudah itu, Pak Long Aziz bangun lalu membaca doa selamat sambil kami dan para jemputan yang lain mengaminkan doa-doakan yang dibacakannya itu.


Para pengiring pengantin pengantin lelaki itu kemudiannya dijamu dengan hidangan nasi beriyani dan setiap jemputan mendapat berkat bunga telur dan pulut kuning yang diisi di dalam bekas gelas putih.


Aku berasa sungguh gembira dapat menghadiri dalam majlis persandingan abang saudaraku itu. Sebuah pengalaman yang tidak akan kulupkan buat selama-lamanya.

Tiada ulasan: