Selasa, April 26, 2011

Cebisan Sketsa Bersama Anggota Kumpulan Gurindam Sayang Dalam Acara Gig Sastera, 30 April 2011, jam 3-5ptg di Perpustakaan Daerah Woodlands

Novel Bagai Angin Bertiup Lalu, KL: Pekan Ilmu


Novel Aku Tidak Punya Pilihan, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka



Buku Syair Cerita Kanak-kanak, Singapura: Persama Enterprise Pte Ltd

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Berikut adalah sketsa yang dipetik daripada novel-novel 'Aku Tidak Punya Pilihan' & 'Bagai Angin Bertiup Lalu' yang akan dipersembahkan pada acara tersebut. Bahan monolog ringkas ini akan disampaikan oleh Lenny dan juga Caca daripada Kumpulan Irama & Muzik Melayu, Gurindam Sayang.



Mereka juga akan bersenandung dengan beberapa buah ragam lagu-lagu syair daripada buku koleksi 'Syair Cerita Kanak-kanak'.



01.

Bibik Darni - Aku Tidak Punya Pilihan



Kasihan! Aduh-aduh, kasihan!



Ibu pada capek pulang dari kantor setiap hari. Lho, harus pula hadapi olah nakal anak lanangnya yang satu-satunya itu! Aduh, kasihan Ibu!



Ngapaian orang sebaik-baik Ibu perlu menghadapi dugaan yang begini, ya Gusti Allah?



Hashim ya anak lanang ibu itu, aduhm kenapa dia begitu? tega dia membuat Ibu makan hati dengan olah nakalnya! ya, ampun, Gusti Allah! Anak itu pada bungkem terus-terusan sama mamanya.



Namun, mana bisa aku jadi pemirsa sahaja lakin hidup anak dan ibu ini di rumah? Mana aku tega melihat ibu dan anak pada mendiamkan diri tanpa bertegur sapa seperti dulu! Haruskah aku lakukan sesuatu? Ya, aku harus lakukan sesuatu demi menjaga kerukunan kedua-dua orang anak dan mamanya.

Dan lagi, aku juga punya anak sebaya Hashim.



Ya, Gusti Allah, jika benarlah ini kehendak-Mu, aku mohon perbantu-Mu.





02.

Kak Midah - Bagai Angin Bertiup Lalu



Hadi Mirza & Andi Mirza, anak-anak korban ego ayah dan ibu mereka.



Andi ambil keputusan untuk cuba menyelamatkan hubungan rapuh ayah dan ibunya itu.



Andi menjadikan adiknya, Hadi alat untuk meraih simpati ayah dan ibunya agar mereka sentiasa berada di sisi anak-anaknya setiap masa. Namun, segala usahanya menemui kegagalan. Ayah dan ibunya sudah bertekad untuk berjauhan.



Hadi, oh Hadi, anak kecil yang masih mentah dalam segala-galanya. Hadi menjadi korban olah ayah dan ibunya. Anak itu mula berhalusinasi dan menjadi anak yang cengeng.


Tekanan perasaannya menginsafkan Andi, abangnya betapa dia perlu membela adiknya setelah ayah dan ibunya pergi membawa haluan hidup masing-masing. Andi insaf betapa ayah dan ibunya berdegil dengan keputusan mereka dan dia tidak dapat berbuat apa-apa. Sebaik-baiknya, dia harus terus menjalankan kehidupannya dan dia harus terus membela adiknya itu.




Saya akan memanfaatkan lagu 'Biarkan Kupergi', susunan Datuk S.M. Salim antara kedua-dua sketsa tersebut. Saya akan mendendangkan lagu 'Lemak Manis' yang dirakamkan oleh Pak yahya Madon sebelum bahagian senandung syair dibuat.



Saya berharap anda yang hadir akan terhibur dengan persembahan ini.




Abdul Manaf Bin Mohd Yasir

Perpustakaan Daerah Jurong,

26.4.2011 @ 1800ptg.

Tiada ulasan: