Selasa, April 19, 2011

Pengembaraan Ibn Battutah - Pengembaraan agung, karya terulung, menyingkap wajah dunia



Buku setebal 967 halaman ini padat dengan kisah panjang yag dicatat oleh Ibn Battutah atau nama penuhnya Abdu Abdillah Muhammad ibn Abdillah ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Lawati. Ibn Battutah mengembara ke segenap pelosok dunia Islam yang luas; bermula dari Afrika Utara hinggalah ke negeri China dan pulang semula ke tanah airnya.

Buku yang ditulis dalam bahasa Arab ini dikenali sebagai 'Rihlah ibn Battutah al-Musammah Tuhfah al-Nuzzar fi Ghara'ib al-Ansar wa 'Aja'ib a'-Asfar'.

Catatan Ibn Battutah ini telah dititahkan oleh Maulana Abu 'Inan, Sultan Maghribi daripada Bani Marin yang memerintah pada ketika itu dan disempurnakan oleh Ibn Juzayy, seorang sasterawan Andalus yang berasal dari Granada.

Penterjemahannya daripada bahasa asal buku ini dibuat oleh Tuan Syed Nurul Akla Bin Syed Abdullah dengan kerjasama Encik Adi Setia Mohd. Dom.

Daripada pembacaannya, saya tidak dapat mengesan buku ini adalah adalah sebuah karya terjemahan. Saya kini sedang menghayati apa-apa yang tersurat dalam buku yang penting ini.

Buku ini telah dikenali di dunia Barat pada tahun 1853.

Salinan milik saya hilang sewaktu saya berpindah dari KL setelah tamat pengajian di Universiti Malaya dalam tahun 2007. Insya-Allah, akan saya dapatkan salinan peribadi pada masa hadapan kelak.

Tiada ulasan: