Khamis, Julai 29, 2010

Novel Subuh Hilang Senja

Soalan 1
Bincangkan Hubungan Subuh Dengan Ayah Dan Ibu Tirinya.

Isi-isi

Subuh seorang pelajar Maktab Bebas Elite. Dia anak Pak Mahmud dan Mak Munah. Setelah kematian ibu kandungnya, ayahnya berkahwin dengan Cik Besar.
Dalam kes rompakan di Science park, Subuh telah meminta rakan-rakannya merahsiakan identiti pasangan mangsa rompakan itu kerana dia percaya nama baik guru-guru dan maktabnya akan terjejas.

Pak Mahmud, ayah kandung Subuh, penganggur. Cik Besar dikatakan seorang ibu tiri yang tidak ada hubungan rapat dengan Subuh.

Pak Mahmud tidak memberikan wang sekolah dan wang belanja kepada Subuh setelah dia masuk ke Maktab Bebas Elite. Oleh itu, Subuh teroaksa bekerja sambilan. Dia juga mengambil kesempatan untuk belajar di persekitaran Science Park selepas waktu bekerjanya. Gaji hariannya dia gunakan untuk perbelanjaan hariannya. Namun, gaji yang dia terima itu tidak mencukupi untuk menampung keperluannya. Oleh kerana itulah, dia tidak ada wang tambang untuk pergi berlatih bola sepak. Dia dihukum Encik Rodriques kerana dikatakan tidak setia kepada sekolahnya. Pasukan sekolahnya gagal menjuarai sebuah pertandingan bola sepak.

Akibat hubungan yang kurang baik dengan orang tuanya itu, Subuh dihalau keluar rumah. Dia keluar rumah dan tinggal beberapa hari di rumah Senja buat sementara.
Namun, hubungan buruk Subuh dengan orang tuanya itu tidak dikongsikan dengan sesiapaun kecuali Senja dan Cikgu Saerah. Subuh pernah menceritakan sebab-musabab dia tidak dapat menjelaskan yuran peperiksaannya kepada Cikgu Saerah. Antaranya sebabnya adalah dia tidak menerima wang saku daripada ayahnya. Subuh seorang anak yang baik dan dia tidak pernah memburuk-burukkan orang tua dan ibu tirinya itu.

Subuh tidak rapat dengan ayah dan ibu tirinya sebab mereka tidak mempedulikan hal-hal kebajikannya. Layanan buruk mereka terhadapnya menyebabkan Subuh keluar rumah dan membuat kerja sambilan untuk mendapatkan sedikt wang belanja hariannya. Oleh itu, Subuh terdedah dengan anasir-anasir buruk di luar rumahnya. Natijahnya, Subuh terbiar dan hanya dapat bersabar dan menjaga dirinya sendiri.



Soalan 2
Bincangkan Hubungan Subuh Dengan Senja, Bujang dan Salih.
Isi-isi
Subuh dianggap sebagai ketua dalam kalangan dia dan kawan-kawannya. Ini berdasarkan insiden rompakan di Science Park. Mr Rodriques mendapat tahu daripada Senja bahawa Subuh mengingatkan kawan-kawannya itu supaya merahsiakan identiti pasangan itu dan berjanji dengan kawan-kawannya untuk mematuhi pesanan Subuh. Dia juga dikatakan seorang ketua dalam kalangan mereka.

Bujang pernah dituduh mencuri peralatan melukis di RI. Pada waktu itu, Subuh mengakui dia memasukkan peralatan yang dicuri itu ke dalam beg Bujang. Dia mengaku melakukan hal itu untuk mengelakkan Bujang, sahabatnya, daripada dihukum.

Salih telah dihalang oleh ibu bapanya daripada berkawan dengan Subuh kerana dia dikatakan anak yang tidak baik. Namun, Salih masih hendak berkawan dengan Subuh kerana Subuh tidak pernah menganjurkan Salih memlakukan kerja-kerja jahat. Salih mendapati Subuh banyak membantu rakan-rakannya dan tidak menyusahkan mereka.

Senja, teman akrab Subuh. Mereka berkawan sejak di Pulau Seking lgi. Daripada persahabatan mereka berdua yang rapat itu, Senja dan Subuh saling berkongsi harapan dan pandangan yang hamper sama dalam banyak hal. Lanjtan daripada insiden di Science Park, Senja amat berpegang teguh dengan kata-kata Subuh. Mereka berpakat merahsiakan identiti mangsa pasangan cubaan rompakan itu demi menjaga nama baik baik sekolah mereka. Senja menegaskan hal itu kepada rakan-rakannya, Bujang dan Salih. Sejak Subuh dirawat di hospital, Senja, Bujang dan Salih sering datang berziarah. Semasa menziarahi Subuh, mereka terkenang akan hal-hal mereka bersama-sama semasa Subuh masih sihat.

Sewaktu jenazah Subuh hendak dikebumikan, rakan-rakannya itu saling berjanji untuk menurut kata-kata arwah Subuh untuk giat belajar hingga berjaya. Mereka saling mengingati pengalaman-pengalaman mereka bersama-sama.

Kesimpulannya, walaupun terdapat perselisihan faham antara Subuh, Senja, Bujang dan Salih, mereka saling akur dengan kehendak Subuh agar merahsiakan identiti pasangan yang terlibat dalam kes cubaan rompakan itu. Mereka juga saling ingat-mengingatkan tentang matlamat mereka masing-masing untuk Berjaya dalam pelajaran mereka.

Tiada ulasan: