Rabu, Julai 21, 2010

Latihan Pemahaman dan Penghayatan Novel Subuh HIlang Senja

Daripada pembacaan novel tersebut, buatlah latihan-latihan berikut.

1. Terangkan dengan ayat-ayat kamu sendiri mengenai kejadian percubaan rompakan yang berakhir dengan watak Subuh ditikam.

2. Bincangkan 'rahsia' yang disimpan oleh Senja dan rakan-rakannya menurut Mr. Hatta.

3. Bincangkan hubungan Subuh dengan ayah dan ibu tirinya.

4. Bincangkan dengan ringkas sikap setia kawan antara Subuh, Senja, Bujang dan Salih.

5. Subuh ialah watak seorang pelajar yang sanggup berkorban untuk kebaikan bagi orang lain dalam novel Subuh Hilang Senja. Bincangkan pernyataan ini.

6. Kesempitan hidup bukan penghambat bagi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan masa hadapannya. Bincangkan pernyataan ini dengan merujuk watak Subuh.

7. Bincangkan masalah yang Subuh, Senja, Bujang dan Salih hadapi dengan Mr Rodriques.

8. Novel Hilang Senja terdapat banyak pengajaran yang boleh kita teladani. Bincangkan.

Tiada ulasan: