Rabu, April 28, 2010

Karangan 1HMT - Internet dan Kesejahteraan Siber 1.2

Lanjutan pelajaran lalu, saya arahkan murid-murid menyediakan isi bagi perbincangan dalam karangan jenis dialog antara dua orang sahabat. Saya tekankan kepada para pelajar bahawa dalam perbincangan tersebut, berdasarkan buku soalan kertas ujian pada tahun-tahu lalu, terdapat perbezaan pendapat yang ketara antara kedua-dua orang sahabat yang berbincang itu. Hal ini hendaklah disedari apabila para pelajar menjawab soalan karangan dialog perbincangan dalam contoh kertas soalan tahun-tahun lalu.

Seperti biasa, bahan-bahan sebaran yang saya sediakan mereka amati semula dengan membuat perbincangan mengenai topik 'Internet membawa banyak faedah daripada keburukan'.

Daripada perbincangan yang dilakukan, saya senaraikan bahagian setiap 'Manfaat' dan 'Keburukan' bagi para pelajar itu salin, dan mereka harus menggubah isi-isi itu dalam bentuk dialog yang mesti memenuhi ciri 'perbezaan pendapat yang ketara' dari awal hingga akhir dalam tugasan latihan karangan yang akan mereka hasilkan nanti.

Setelah mereka membaca teks-teks tersebut, mereka berbincang, dan mereka menyalin nota-nota (yang mereka harus kembangkan dengan huraian dan contoh-contoh yang relevan) yang saya catatkan di papan tanda

Langkah berikutnya, mereka saya arahkan menulis sebuah karangan dialog. Mereka hendak merujuk pada contoh karangan dialog yang terdapat dalam buku teks Jendela Bahasa 1A.



Karangan yang sudah mereka siapkan itu hendaklah ditaip dan dihantar kepada saya melalui emel untuk disemak.

Tiada ulasan: