Rabu, April 28, 2010

Karangan 1HMT - Internet dan Kesejahteraan Siber 1.1


Saya menyediakan petikan karangan yang berjudul 'Komputer dicipta untuk mengatasi masalah manusia. Bincangkan.' dalam kelas bahasa 1HMT saya bagi kedua-dua pelajar BPGHS & VS.

Saya menggunakan kaedah KWL untuk para pelajar baca dan menyaring inti pati petikan itu selain menambah mana-mana maklumat yang mereka fikirkan dapat membantu pemahaman mereka tentang topik yang kami bincangkan sepanjang mingggu tersebut.


Para pelajar memulakan dengan menjangkan apa-apa yang mereka fahami dan ketahui tentang komputer dan diikuti dengan apa-apa yang mereka mahu pelajari setelah membaca teks petikan tersebut.

Saya pandu para pelajar itu mencari makna perkataan yang tidak mereka fahami dengan penggunaan kamus dan kami berbincang mengenai setiap satunya, dengan harapan mereka memahami betul-betul setiap satunya demi menambahkan pemahaman mereka setelah membaca teks itu.

Saya menyuruh mereka skan petikan itu sekali sahaja sambil menggarisi setiap patah perkataan yang tidak mereka tahu maknanya yang terdapat dalam petikan tersebut.



Saya memandu mereka membaca petikan, setiap perenggan, selain mengarahkan mereka membuat catatan peribadi dalam petikan itu apa-apa maklumat yang mereka dapati baru atau berguna daripada pembacaan tersebut. Ada yang menggunakan kaedah membina ayat-ayat soalan dan ayat-ayat penyata.
Sesudah itu, saya suruh para pelajar itu merenungkan apa-apa yang maklumat baru yang mereka dapati dan tuliskan dalam baris-baris ayat mereka sendiri.

Saya arahkan mereka membuat catatan mudah daripada teks yang telah mereka baca itu.

Tiada ulasan: