Jumaat, Ogos 28, 2009

Baca! Singapura 2009 - 4.1

Berikut adalah renungan yang dibuat oleh sebahagian para pelajar saya yang membaca 'Elergi Di Tabir Pelangi' oleh Helmilina Mohd Som dalam program Baca Singapura di BPGHS.

01.
Nama : Nurul Amirah
Kelas : 102

Cerpen Elegi Di Tabir Pelangi telah dijadikan sebagai bahan yang kami gunakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti membaca dalam program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang telah kami lakukan adalah berbincang mengenai isi cerpen ini, mendengar rakaman audio pembacaan dan lakonan cerpen ini, membuat papet dan kotak cerita.

Pada 4 Ogos yang lalu, kami sekelas telah membincangkan tentang kesan-kesan yang ditinggalkan pada kami setelah memahami cerita dalam cerpen ini. Antara kesan-kesan pada diri saya adalah perasaan terharu saya dengan pengorbanan yang telah Girish, iaitu watak utama dalam cerpen ini, lakukan. Dia telah mengorbankan perasaan sedihnya dan pergi merantau jauh di negeri orang untuk mencari rezeki yang lebih demi membiayai yuran persekolahan adik-adiknya. Ramai juga rakan-rakan sekelas saya yang lain berasa terharu dengan cerita yang menarik ini.

Pada 5 Ogos pula, kita telah membuat sebuah latihan karangan tentang cerita ini menurut perspektif-perspektif yang berlainan,dengan menggunakan watak-watak yang terdapat dalam cerita ini. Saya sendiri telah mengarang sebuah karangan dari perspektif diri watak utamanya, Girish. Karangan ini telah dimuatkan ke dalam sebuah buku kecil yang saya buat daripada sekeping kertas A4 yang dilipat dan digunting.

Setelah itu, kami mereka papet-papet watak-watak dalam cerita ini menggunakan kadbod. Pakaian pada parpet itu yang dibuat daripada perca-perca kain yang ditampal pada badan papet itu.Selain itu, kami telah mendengar semula cerita ini dilakonkan dan dalam bentuk audio, yang diterbitkan khusus bagi program ini. Setelah mendengar rakaman audio cerpen ini, saya lebih memahami jalan cerita yang menarik ini dan apa-apa yang ingin disampaikan penulis tersebut.

Kami juga telah membuat sebuah kotak cerita berdasarkan cerpen ‘Elegi di Tabir Pelangi’. Kami telah meringkaskan cerpen ini dengan menaipnya semula lalu menampalkannya pada setiap permukaan kotak cerita ini yang saya sediakan.

Pada pendapat saya, aktiviti-aktiviti yang berlangsung lebih daripada seminggu ini amat berfaedah. Aktiviti-aktiviti sedemikian telah menyedarkan kami sekelas bahawa tidak semua pekerja-pekerja asing orang-orang yang dianggap jahat. Mereka datang ke negara kita untuk mencari rezeki. Perbincangan-perbincangan yang diadakan lanjutan daripada aktiviti bacaan telah menggerakkan minda kami untuk memikirkan tentang kemungkinan-kemungkinan yang boleh terbit daripada cerita dalam cerpen ini. Saya berasa gembira dan amat berpuas hati kerana telah diberi peluang untuk menuntut ilmu Bahasa Melayu di sekolah dengan cara yang lain daripada yang selalu.


02.
Imran
Kelas:102

Baca! Singapura tahun ini sangat menari hati saya. Aktiviti-aktiviti yang diadakan lebih menolong saya untuk labih memahami kandungan buku dan cerita yang kami mempelajari. Cerita pendek yang bertajuk ‘Elegi di Tabir Pelangi’.

Ia menceritakan tentang Girish, seorang pekerja asing yang datang dari India dan bekerja di Singapura untuk mendapat gaji yang lebih lumayan bagi menyara biaya pelajaran adik-adiknya ke peringkat yang lebih tinggi supaya tidak menjadi seperti nasib yang di alaminya. Semasa bekerja di Singapura, Girish terlibat dalam sebuah kemalangan di sebuah tapak binaan dalam tanah. Walaupun keluarganya akan mendapat duit pampasan yang lumayan dari insuran yang melindungi Girish, dia masih berasa sedih kerana dia tidak akan dapat menolong keluarganya lagi setelah dia mati kelak.

Aktiviti yang kami lakukan sangat menarik hati dan tidak semua mengenai hal kebahasaan sahaja. Salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang diadakan dan yang saya sangat menggemari ialah membuat sebuah kotak cerita yang ada ciri-ciri cerpen ini dan saya membuatnya dalam bentuk dadu. Kami juga membuat papet untuk setiap watak yang terdapat dalam cerpen itu. Kami membuatnya dengan menggunting gambar-gambar daripada akhbar Berita Harian dan ditampal atas sekeping kadbod. Dangan setiap aktiviti Baca! Singapura tentu ada kerja latihan sedikit yang menyusul. Kami menggunakan cerita girish untuk membuat beberapa kerja rumah seperti mencari perkataan berimbuhan dan kami diberi sebuah latihan prosedur cloze untuk meningkat pemahaman kami kembali beberapa bahagian yang terdapat di dalam cerita itu.

Saya berasa bahawa program Baca! Singapura ini harus dianjurkan setiap tahun kerana program ini lebih menggalakkan para pelajar seperti untuk membentuk tabiat membaca buku buku dan cerpen-cerpen yang yang dapat menambah pengetahuan kami setelah membacanya


03.
Nur Liyana Binte Ayub
Kelas 102

2 Ogos 2009 adalah hari pertama kelas saya memulakan perbincangan berkenaan cerpen ‘ Elegi Di Tabir Pelangi’. Saya, bersama rakan-rakan sekelas saya yang lain, duduk dalam sebuah bilik darjah dengan bimbingan Cikgu Manaf bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta buah fikiran tentang plot cerpen itu. Kami dapat membaca teks cerpen itu sambil mendengar rakaman audio. Aktiviti ini memberi saya sebuah bayangan atau idea yang lebih jelas tentang jalan cerita yang penuh perasaan seperti yang mahu diharapkan oleh penulisnya, Helmilina Mohd Som.

Menurut arahan Cikgu Manaf, saya menandakan kata-kata yang saya mendapati sukar yang terdapat dalam teks itu serta mencatatkan maknanya. Saya berpendapat bahawa dengan cara sedemikian, saya dapat memperluaskan kemahiran dan pemahaman saya terhadap tatabahasa dan memperbaiki ketrampilan bahasa Melayu saya kelak. Kami juga menyelesaikan latihan-latihan prosedur cloze dan imbuhan yang berdasarkan cerpen ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ itu. Selain itu, kami dijelaskan cara-cara untuk lebih memahami sesebuah teks supaya lebih menikmatinya. Kebolehan sedemikian juga dapat memudahkan kami membuat tugasan dan menghabiskan latihan kefahaman yang menyusul.

Saya percaya bahawa apa-apa yang lebih menarik antara aktiviti-aktiviti yang diadakan di kelas-kelas Cikgu Manaf adalah latihan membina sebuah kotak cerita dan membuat papet. Saya berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti sedemikian memberi saya peluang untuk menunjukkan minat saya yang amat dalam bidang kesenian. Kami juga dihendaki membuat sebuah buku kecil yang mengandungi kesan-kesan yang kami rasakan pada watak-watak pilihan kami yang terdapat dalam cerita yang telah kami bincangkan sekelas bersama-sama. Latihan-latihan itu juga dapat memberikan pemahaman lebih baik para pelajar lain termasuk saya memahami cerita dalam cerpen ‘Elegi Di Tabir Pelangi’.

Baca! Singapura merupakan sebuah acara membaca yang amat berfaedah bagi memajukan prestasi masyarakat Melayu umunya. Aktiviti ini juga menggalakkan remaja-remaja Melayu generasi muda ini agar lebih menumpukan perhatian mereka pada penguasaan bahasa ibunda mereka sendiri. Remaja sedemikian, jika mengikuti aktiviti dalam acara tersebut, akan sedar betapa pentingnya untuk mereka mempertahankan keperluan bahasa Melayu. Mereka mempunyai tanggungjawab bagi menjaminkan kemajuan serta penerusan masyarakat Melayu yang lebih kurang 14% bilangan penduduk Singapura.


04.
Nama: Afiq Akmal Bin Abad
Darjah: Men. 102

Selama beberapa minggu lalu, kelas saya telah mempelajari bahasa Melayu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti baharu iaitu cerita yang digunakan untuk acara ‘Baca Singapura 2009’. Sesiapa membaca cerpen menarik hati yang bertajuk ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ pasti akan berasa takjub selesai sahaja membacanya. Bukan sahaja cerpen ini menarik, malah jalinan ceritanya juga memikat hati sesiapa pun hingga mereka mahu membaca seluruh cerpen tersebut hingga selesai.

Girish ialah anak sulung dalam sebuah keluarga miskin. Untuk mencari rezeki lebih bagi keluarganya itu, Girish terpaksa pergi bekerja di luar negeri yang menjajikan gaki yang lumayan. Dia melakukan itu supaya adik-beradiknya dapat belajar di sekolah dan menerima pelajaran yang tinggi. Girish sanggup berbuat demikian kerana dia tidak mahu nasib adik-beradiknya menjadi sepertinya, dewasa tanpa pelajaran yang secukupnya.

Untuk berbuat demikian, Girish terpaksa memilih untuk pergi ke negeri lain untuk bekerja di sana bagi mencapai impiannya terhadap keluarga yang dicintainya. Dia terpaksa bekerja di luar negeri agar dapat menanggung sara hidup keluarganya dan juga supaya adik-beradiknya mendapat pelajaran tinggi. Semasa bekerja, Girish selau teringat akan keluarganya yang kasihinya dan terpaksa dia tinggalkan buat sementara. Itulah sebabnya Girish selalu rajin bekerja dan dilakukan tugasnya dengan bersemangat.

Dia juga telah berkenalkan dengan beberapa orang rakan baharu seperti Dev. Dev yang memberitahu Girish tentang insurans yang melindungi pemergian mereka dan pekerjaan mereka itu. Misalnya, jikalau seseorang pekerja itu meninggal dunia disebabkan kemalangan yang menimpanya sewaktu dia sedang bertugas, kaum keluarganya akan mendapat duit insurans atau pampasan insuran.

Akibat terlalu mahukan keluarganya hidup dengan selesa pada masa hadapan dan Girish seperti mahukan duit insurans itu sangat, Girish sanggup bekerja dalam cuaca buruk yang boleh menyebabkan kemalangan yang tidak berbau itu boleh berlaku. Walaupun rakannya memekik-mekik namanya menyuruh Girish segera keluar daripada tapak binaan bawah tanah itu, Girish masih meneruskan kerjanya hingga dia terperangkap dan mengalami kecederaan. Akhirnya, Girish meninggal dunia sewaktu sedang bekerja dan keluarganya mungkin telah mendapat duit insuran itu pada akhirnya.

Itulah yang dinamakan kesetiaannya terhadap keluarga.

Kami sekelas telahme membuat sebuah kotak kecil untuk menerangkan cerita tersebut sebagai salah satu aktiviti pos membaca. Pada mulanya, aktiviti ini kelihatan sebagai aktiviti yang sungguh membosankan dan tidak menarik. Tetapi, setelah selesai membuatnya, saya berasa bangga terhadap hasil kerja tangan saya.

Aktiviti lain adalah membuat sebuah buku kecil yang meringkaskan cerita cerpen itu menurut perpekstif yang berza-beza. Memang agak sukar pada mulanya tetapi perasaan bangga dapat saya rasa apabila sudah menyelesaikan buku itu.


05.
Nama: Putra Danish
Kelas:103

Kelas bahasa Melayu lanjutan saya telah membuat aktiviti Baca! Singapura. Cerpen yang dipilih untuk dibaca pelajar-pelajar menengah satu adalah ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ dipetik daripada sebuah buku antologi cerpen Singapura berjudul ‘Impian Dan Pilihan’.Cerpen itu adalah sebuah cerita tentang watak utamanya yang bernama Girish, pekerja asing dari India yang datang ke Singapura untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya yang miskin lagi susah.

Kami sekelas telah membaca teks yang telah diberi oleh Cikgu Manaf. Kami juga telah mendengar rakaman audio semasa membaca. Cikgu Manaf juga telah menyuruh kami untuk menandakan semua perkataan berimbuhan di dalam teks itu. Dia juga telah memberikan kami sebuahlatihan prosedur cloze dan latihan imbuhan untuk dibuat di rumah. Kita telah membuat banyak perbincangan tentang cerita itu seperti sebab-sebab Girish meninggalkan tanah airnya dan sebagainya. Kami juga telah membuat sebuah kotak kecil iatu sebuah dadu kertas yang dilukis dan diwarnakan. Kami juga menyediakan sebuah buku kecil setiap pelajar. Buku itu adalah tentang biografi Girish. Buku yang saya sediakan mengandungi gambar –gambar mudah yang saya lukis.Kami juga membuat papet tangan. Papet itu hanya gambar yang dipotong lalu ditampal pada sekeping kadbod.

Semua aktiviti ini telah menggalak saya untuk terus membaca dan memikirkan apa-apa yang berlaku dan sebab-musabab peristiwa dalam cerita itu berlaku. Saya mendapati semua aktiviti yang saya buat dengan kawan-kawan itu membawa banyak manfaat walaupun ia mengambil masa yang lama untuk menyudahkannya. .Baca! Singapura adalah sebuah aktiviti yang saya gemar.


06.
Serena Chai
Kelas 102

Semua pelajar di dalam kelas bahasa Melayu lanjutan saya telah membuat beberapa buah aktiviti setelah membaca cerpen yang sungguh seronok untuk dilakukan. Kami telah mengambil masa selama satu minggu untuk menghabiskan seluruh aktiviti yang telah pun dianjurkan oleh Cikgu Manaf. Aktiviti-aktiviti tersebut berdasarkan pada sebuah cerpen yang bertajuk ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ yang ditulis oleh Helmilina Mohd Som. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dapat mengajar saya beberapa perkara seperti kepentingan kasih sayang keluarga. Daripada membaca cerpen itu, saya sedar betapa amat penting bagi sesebuah keluarga dan kami selalu berusaha mengeratkan hubungan ahli-ahli keluarga kami, seperti juga keluarga Girish, watak utama dalam cerpen itu.

Kesan cerpen tersebut atas diri saya adalah perasaan sedih tercampur perasaann terharu. Saya berasa sungguh sedih setelah membaca tentang peri kemiskinan keluarga Girish, watak utama di dalam cerpen tersebut. Girish terpaksa mencari kerja di luar negeri untuk mendapatkan gaji yang lebih lumayan supaya dia nanti dapat menyekolahkan adik-adiknya dengan lebih sempurna. Saya berasa sedih juga kerana Girish terpaksa terpisah daripada keluarga tersayangnya untuk mencapai impian demi kebahagiaannya kelak. Pada akhiran cerpen tersebut, saya berasa pilu apabila saya membaca bahawa Girish sanggup membenarkan dirinya terbunuh agar keluarganya dapat meneruskan kehidupan yang lebih sempurna dengan duit insurans yang akan mereka dapat setelah kematiannya di tempat kerjanya itu.

Pada masa ko-kurikulum, kami sekelas, telah menyelesaikan aktiviti-aktiviti seperti menulis autobiografi watak di dalam cerpen itu. Saya telah menulis tentang kehidupan Dev, kawan akrab Girish yang juga senasib dengannya. Saya juga membuat sebuah kotak kecil dan menampalkan sinopsis ringkas cerpen itu di permukaan kotak itu. Untuk kerja rumah, kami dikehendaki menyelsesaikan kertas latihan prosedur cloze dan latihan imbuhan yang juga berdasarkan cerpen itu. Selain itu, kami juga membuat papet tangan daripada watak-watak yang terdapat dalam cerpen itu. Saya telah membuat papet tangan seorang pekerja buruh wanita. Kami telah pun membaca teks cerpen itu di dalam kelas dan turut mendengar rakaman audio cerpen. Kami sekelas telah pun membuat latihan kefahaman yang merupakan empat baris soalan tentang ‘Elegi Di Tabir Pelangi’.

Saya harap kami dapat melakukan aktiviti-akitiviti yang serupa dengan cerpen yang berlainan pada masa akan datang.


07.
Nurul Asyiqin Binti Mohd Ali
Menengah 102

Banyak yang kami lakukan semasa aktiviti Baca! Singapura. Di dalam aktiviti-aktiviti tersebut, kami perlu merujuk pada petikan cerpen yang bertajuk ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ yang ditulis oleh Helmilina Mohd Som. Kami dikehendaki untuk membaca cerpen itu dan juga mendengar rakaman audio lakonan drama cerpen itu. Kami mendengar rakaman audio itu sebanyak dua kali, satu pada permulaan aktiviti dansebuah lagi pada pengakhiran aktiviti. Mendengar dan membaca teks berkali-kali juga membolehkan saya untuk lebih memahami kandungan cerpen itu.

Semasa membaca, kami juga harus menandakan kata-kata yang sukar dan juga perkataan yang berimbuhan. Kami juga mengadakan perbincangan tentang kandungan cerita cerpen tersebut. Perbincangan ini membolehkan kami untuk memahami cerpen itu dengan lebih mendalam lagi. Soalan-soalan seperti ‘Mengapakah ibunya menghalang Girish dari pergi?’ dan ‘Bagaimanakah hidup mereka sebelum Girish bekerja di luar negara?’ pun dapat terjawab.

Kami juga membuat latihan prosedur cloze tentang Girish; kami harus mengingati semula cerpen itu dan membuatnya tanpa merujuk pada teks. Selain itu, kami juga membuat sebuah kotak cerita. Kotak cerita itu mengandungi peringkasan dari seluruh cerpen. Daripada kotak cerita itu, kami dapat mengetahui dan membaca tentang cerpen itu dengan lebih mudah sekali.

Terdapat juga aktiviti membuat buku kecil yang mengandungi pandangan atau perspektif watak-watak lain dalam cerpen itu. Misalnya, saya harus menulis tentang cerita menurut perpektif salah seorang adik Girish, menceritakan mengenai adiknya yang berasa sedih apabila abangnya mengambil keputusan hendak pergi bekerja di luar negeri dan macam-macam lagi. Akhir sekali, kami membuat papet tangan. Pelajar haruslah memilih sebuah watak untuk mereka sediakan papet itu. Saya pula harus membuat perpet tangan seorang pekerja buruh yang bekerja bersama dengan Girish dalam cerpen itu.

Saya mendapati bahawa semua aktiviti yang saya jalani ini amat menarik sekali. Kami sekelas dapat belajar dengan menggunakan cara-cara lain yang menarik. Saya berasa aktiviti-aktiviti begini membuat kami lebih ghairah untuk belajar. Daripada aktiviti-aktiviti ini, saya juga dapat belajar bahawa terdapat banyak cara-cara lain lagi yang boleh saya gunakan untuk belajar. Selain itu, saya dapat memahami sedikit-sebanyak tentang keadaan keluarga yang miskin dan betapa perasaan mereka alami apabila orang yang mereka sayangi dan terdekat dengan mereka harus pergi jauh ke luar negara untuk bekerja. Keseluruhannya, cerpen ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ amatlah hebat bagi diri saya.


08.
Irfan Dinnie
Menengah 103

Saya sekelas telah melakukan aktiviti-aktiviti Baca ! Singapura. Tajuk buku yang dipilih oleh Cikgu Manaf adalah ‘Impian dan Pilihan’ dan cerpen yang dipilih ialah ‘Elergi Di Tabir Pelangi’. Ceritanya mengenai seorang lelaki dari India yang datang ke Singapura untuk mencari rezeki bagi mengupayakan dia menyenangkan kehidupan keluarganya pada masa depan.

Saya telah melakukan pelbagai aktiviti. Pertama, saya telah membaca teks dan mendengar rakaman audio lakonan cerpen tersebut. Aktiviti ini dijalankan bagi memberikan saya pemahaman yang lebih dalam tentang cerita dalam cerpen tersebut. Saya juga telah menandakan semua perkataan yang berimbuhkan di dalam cerpen itu. Cikgu Manaf pula menyediakan latihan prosedur cloze dan latihan imbuhan untun kami sekelas lakukan di rumah. Setiap murid harus berbincang tentang sebuah watak dalam cerpen itu. Saya juga telah mereka sebuah kotak cerita dan sebuah buku cerita yang kecil. Kotak cerita ialah untuk memberi ringkasan cerpen dan buku cerita ialah untuk menceritakan biografi sesebuah watak. Papet tangan juga dibuat. Papet dibuat daripada gambar, dipotong dan ditampal pada sekeping kadbod .

Daripada aktiviti Baca ! Singapura itu, saya telah mendapati banyak kesan. Antaranya adalah saya dapat memahami sebuah cerita dalam cerpen dengan lebih dalam dan mudah melalui aktiviti-aktiviti yang dirangcangkan. Aktiviti-aktivit tersebut telah menggalakkan saya untuk terus lebih membaca dan memahami cerpen pada masa hadapan.


09.
Naqiyah
Menengah 103

Cerpen yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti Baca! Singapura tahun ini ialah ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ yang dikarang oleh Helmilina Mohd Som.

Watak utama cerita ini ialah Girish, seorang pemuda yang merantau ke luar negeri untuk bekerja supaya mendapat gaji yang lumayan agar dia mampu menyenangkan kehidupan keluarganya. Girish meninggalkan tanah airnya dengan impian dan janji-janji yang hendak dikotakannya. Akan tetapi, pada akhir cerpen ini, Girish meninggal dunia akibat ditimpa runtuhan galang-galang besi yang berlaku semasa dia bekerja di sebuah tapak binaan di dalam tanah.

Selepas membaca teks dan mendengar rakaman audio, kami membincangkan kesan-kesan yang kami rasakan setelah mendengar audio dan membaca itu. Ada rakan-rakan kelas aya yang berasa terharu kerana mendapati Girish sanggup ke luar negeri walaupun dia tidak mahu meninggalkan tanah air tercintanya termasuk ibu tunya dan adik-adiknya. Ada juga yang merasakan Girish tidak mahu meninggal dunia dan kematiannya berlaku dengan tidak sengaja kerana Girish amat menyayang ahli keluarganya dan belum lagi dapat mencapai impiannya dan menunaikan janji-janjinya. Walaupun saya rasa runtuhan itu berlaku dengan tidak sengaja, saya berasa Girish tidak akan berasa begitu menyesal atas kematiannya kerana keluarganya akan mendapat wang insurans dan pampasan yang lumayan.

Kami juga membuat sebuah kotak cerita dan sebuah buku kecil daripada kertas A4. Saya menulis tentang watak Dev, rakan baik Girish yang juga turut ke luar negeri dengan harapan yang sama dengan Girrish. Kotak cerita saya itu diisi dengan isi cerita cerpen itu yang saya pendekkan menggunakan ayat-ayat saya sendiri.

Kami diarahkan juga untuk membuat papet tangan. Ada pelajar yang membuat papet yang amat cantik dan juga dihiasi baju dengan amat menarik dengan menggunakan gambar yang digunting daripada majalah yang dilekatkan pada kadbod. Selepas itu, kain perca mereka gunkan untuk membuat baju untuk menghiasi papet mereka.

Isi cerita cerpen tersebut menarik hati kerana saya tidak pernah membaca sebuah cerita yang mengandungi isi cerita seperti ‘ Elegi di Tabir Pelangi’. Cerpen ini juga membuat saya lebih memahami masalah pekerja-pekerja yang ke luar negeri untuk bekerja. Walaupun ada yang berrasakan mereka tidak diperlukan oleh negara ini, pekerja-pekerja inilah yang membuat kerja-kerja yang warga Singapura tidak akan melakukannya, seperti kerja-kerja seseorang pembersih atau seseorang pekerja pembinaan.


10.
Rahmuna Abd Rahman
Men 103

Untuk beberapa minggu yang lalu, kami sekelas telah pun dikenalkan dengan bahan bacaan yang telah digunakan untuk aktiviti ‘Baca! Singapura 2009’. Cerita yang diperkenalkan berjudul ‘Elegi Di Tabir Pelangi’ adalah sebuah cerita yang pasti akan menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Girish dan keluarganya hidup dalam keadaan yang miskin dan susah. Bapanya sudah lama meninggal dunia dan hanya tinggal ibunya, yang sudah uzur, sahaja yang terpaksa menanggung semua keperluan keluarganya. Lama-kelamaan, Girish mencuba nasibnya. Dia ingin sekali keluarganya hidup dengan sempurna. Dia mahu adik-beradiknya mendapat pelajaran yang mencukupi agar kehidupan mereka lebih cerah, bukan seperti dirinya yang tidak pernah mendapat pelajaran yang sempurna. Girish bercadang untuk bekerja di Singapura kerana gaji yang ditawarkan di sana lebih lumayan daripada apa-apa yang ditawarkan di tanah airnya sendiri. Walaupun itu peluang yang baik buat masa depan keluarganya, ibu Girish masih berasa berat hati untuk melepaskan anak sulungnya pergi merantau ke negeri orang.

Girish hanya dapat berjanji kepada keluarganya bajawa mereka akan hidup dengan lebih selesa dan sempurna kelak semasa pemergiannya mencari rezeki itu. Keluarganya pula hanya dapat mendoakan agar Girish akan pergi dan kembali dengan selamat. Bagi Girish, pemergiannya yang buat sementara itu adalah untuk memenuhi impiannya.

Semasa di Singapura, Girish bekerja keras agar dia dapat terus menanggung kehidupan keluarganya. Gaji yang diperolehinya setiap bulan dihantar pulang kepada keluarganya. Di tapak binaan bawah tanah itu Girish menemui ajalnya semasa bekerja pada akhir cerpen.

Cerpen ini membawa banyak pengajaran untuk semua pembacanya. Satu daripadanya adalah betapa mulianya kasih sayang seseorang itu terhadap keluarganya. Di dalam cerpen ini, keluarga Girish sangat menyayanginya dan tidak mahu berjauhan jasad dengannya.

Di dalam kelas, banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti membuat kotak cerita dan buku kecil yang meringkaskan cerita itu agar dapat kita fahami cerpen itu dengan lebih lanjut. Perbincangan dan kefahaman juga dijalankan agar kita dapat tahu sepenuhnya maksud penulis yang tersisip dalam cerpen tersebut.


11.
Ryan Aidil (35)
Kelas : 101

Sejak kebelakangan ini, saya telah membuat aktiviti-aktiviti mengenai Baca! Singapura. Cerpen yang dipilih untuk membuat akitiviti adalah ‘Elegi di Tabir Pelangi’. Cerpen ini adalah tentang seorang warga India yang datang bekerja di Singapura bagi mendapatkan gaji yang lebih untuk menanggung kehidupan keluarganya tetapi ibunya amat sedih kerana anaknya itu akan meninggalkannya. Akhirnya, dia telah meninggal dunia kerana dihempap galang-galang besi dalam sebuah kemalangan di tapak binaan bawah tanah sewaktu bertugas. Keluarganya pula sedih akan kehilangan Girish walaupun mereka bakal mendapat wang insurans yang lumayan untuk meringankan beban kehidupan keluarganya.

Antara akitiviti-aktiviti yang dijalankan dalam tempoh beberapa hari itu adalah kami mendengar rakaman audio cerpen itu, membuat sebuah buku mengenai biografi watak utamanya, Girish. Saya juga disuruh membuat ringkasan cerpen itu pada sebuah dadu yang diperbuat daripada kertas yang dilipat dan digunting. Saya juga diarahkan membuat sebuah papet yang diperbuat oleh kadbod dengan potongan gambar daripada suratkhabar. Latihan-latihan juga diberi seperti latihan imbuhan dan juga prosedur cloze tentang Girish dan kawan kerjanya, Dev.

Saya berasa aktiviti-aktiviti sebegini harus diadakan selalu untuk pelajar-pelajar demi menggalakkan mereka membaca dengan lebih luas dan memahami cerpen-cerpen ataupun buku-buku yang dibaca dengan lebih mendalam lagi. Aktiviti ini juga boleh merangsang pelajar-pelajar lebih banyak membaca untuk menambah ilmu pengetahuan am ataupun meningkatkan ketrampilan tatabahasa bahasa Melayu mereka.


12.
Muhammad Syafiq Bin Muhammad Farouk
Menengah 102

Kelas bahasa saya telah mengadakan program dan aktiviti Baca! Singapura. Cerpen untuk tahun ini berjudul ‘Elegi di Tabir Pelangi’ daripada buku antologi cerpen bertajuk ‘Impian dan Pilihan’. Cerpen ini tentang seorang pekerja asing bernama Girish. Dia terpaksa meninggalkan tanah airnya kerana dia mahukan gaji yang lebih lumayan untuk menyara hidup keluarganya yang miskin. Bapanya telah meninggal dunia. Lagipun, Girish tidak mahu melihat adik-adiknya tidak bersekolah tinggi dan akan menerima nasib sepertinya. Oleh itu, dia mahu mendapatkan wang agar dapat menanggung yuran sekolah adik-adiknya yang semakin tinggi. Apabila dia di luar negeri, dia meninggal dunia apabila dia sedang bertugas di sebuah tapak binaan di bawah tanah.

Selain daripada membaca buku itu, kita berpeluang mendengar rakaman audio pembacaan cerpen itu. Selepas mendengarnya saya dapat merasai perasaan beremosi kerana dapat mendengar suara-suara yang membangkitkan emosi daripada rakaman itu.
Kami juga menurunkan cerita dalam cerpen itu dalam bentuk buku kecil. Kami menghiasi buku kecilitu dengan membuat lukisan watak-watak. Saya diarahkan menulis tentang adik-adik Girish dan menerangkan perasaan mereka apabila Girish, abang mereka mengambil keputusan untuk ke luar negeri. Mereka berasa sungguh sedih kerana Girish adalah tempat mereka bergantung harap. Kami juga membuat sebuah kotak cerita. Kami juga harus menghiasi kotak itu supaya kelihatan cantik dan indah.

Saya berasa terharu dengan watak Girish kerana dia ke luar negeri untuk mendapat gaji yang lebih lumayan. Namun, dia bekerja sehingga dia meninggal dunia. Saya juga berasa kasihan dan bersimpati atas nasib malang yang menimpa keluarganya yang sudah kehilangan bapa dahulu dan sekarang, seorang abang. Lebih sedih adalah watak Girish menemui ajalnya di luar negerinya. Saya berpendapat bahawa program ini amat bermanfaat dan menghasilkan banyak faedah.

Tiada ulasan: