Perenungan
Berikut adalah soalan-soalan yang boleh anda gunakan sebagai panduan untuk membuat latihan penulisan perenungan bagi aktiviti Baca! Singapura yang telah anda ikuti bersama-sama saya di dalam dan luar bilik darjah.
1. Apakah tema dalam aktiviti Baca! Singapura tahun ini?
2. Apakah semua aktiviti yang anda jalani selain membaca?
3. Perikankan aktiviti pos bacaan yang anda lakukan.
4. Apakah bahan-bahan dalam aktiviti pos bacaan yang anda sediakan?
5. Apakah manfaat yang anda raih daripada semua aktiviti yang dijalankan?
6. Apakah satu hal yang bagi anda amat bererti sekali yang anda dapati daripada semua aktiviti ini?
Tulisan anda sekurang-kurangnya menggunakan 100 patah perkataan.
Anda boleh taip dan hantar kepada saya bahan perenungan yang anda siapkan melalui alamat manafyasir@gmail.com.
Untuk makluman anda, saya akan menghadiri majlis penutup program ini di Perpustakaan Negara pada Isnin ini, untuk berkongsi dan mempamerkan bahan-bahan yang anda sudah sediakan termasuk bahan-bahan pengajaran yang saya jalankan. Terima kasih sekali lagi kepada Cikgu Noormarlina, rakan guru di sekolah BPGHS atas kerjasama yang beliau berikan dalam menjayakan program ini. Untuk semua pelajar yang mengikuti program ini, terima kasih banyak-banyak. Selamat meneruskan ibadah puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan