Respons Pelajar
Cerita MRT ini adalah tentang seorang penumpang yang menyaksikan gelagat penumpang-penumpang lain. Engkau, dalam cerita ini ,berkemungkinan seorang dewasa. Penulis telah mengatakan hal-hal berikut. Orang ramai yang terlalu memikirkan diri sendiri sahaja, akhirnya jika mereka berputus asa, ramai yang akan cuba membunuh diri. Seorang wanita Melayu pula digambarkan berpakaian tidak senonoh, memaparkan tubuhnya, seperti sebuah muzium bergerak. Dia mungkin terlalu sayang akan dirinya.
Ketiadaan cinta adalah sebab wujudnya pengganas di dunia aman ini. Jika cinta tiada, apa-apa yang kita lakukan tiada keikhlasan. Kita juga harus berzikir apabila sedang berasa marah kerana zikirlah yang dapat melenyapkan perasaan tersebut. Akhirnya, manusia haruslah selalu diingatkan keran sifat manusia mudah lupa. Kita leka yang menyebabkan kita tidak dapat ke destinasi yang kita inginkan.
Siti Nur Aizyah (32)2E3 (2009) Sekolah Menengah Bukit Batok - 180309.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan