Khamis, Mac 19, 2009

MRT - KHAIROOL HAQUE - BACA! BPGHS






Alhamdulillah, aktiviti tersebut telah dijalankan dalam penggal 1 2009.
Teks yang dibaca bersama-sama dan telah dibincangkan dalam kelas dan banyak rakaman video telah saya buat untuk tujuan itu. Selain pembacaan dan persembahan spontan pelajar, saya juga ada mengambil beberap foto digital dan video digital untuk tujuan pengajaran di dalam kelas.

Aktiviti-aktiviti yang telah kami lalui bersama-sama adalah seperti berikut:
a. bacaan beramai-ramai dan perbincangan mengenai apa-apa yang pelajar saya tidak fahami.

b. kemahiran kamus, pelajar buat senarai kata yang terdapat dalam teks yang tidak mereka fahami dan mencari maknanya.

c.dibincangkan mengenai watak utama, 'Engkau' berdasarkan keratan-keratan yang dipetik daripada cerpen.

d. dibincangkan jalur cerita, dan dirakam dalam peta minda yang pelajar bina berdasarkan perbincangan dengan guru.

e. disenaraikan apa-apa yang didapatkan daripada pembacaan - sebanyak 8 perkara yang diungkapkan dan digolongkan dalam 'Falsafah' Khairool.

f. disenaraikan 8 perkara dalam tajuk 'Hal-hal Kehidupan' menurut pandangan Khairool dalam sesi perbincangan dengan para pelajar.

g. pelajar buat apa-apa boneka yang mereka rasai sesuai berdasarkan pembacaan mereka.

h. mereka diminta membuat komik enam petak.

i. kami kenal pasti penggunaan kata depan 'dari' dan 'daripada' selain 'pada', 'kepada' dan 'di' dengan merujuk Kamus dewan dan Tatabahasa Dewan.


Para pelajar telah diminta membuat perenungan dalam blog masing-masing. Rata-rata, yang saya mendapati, mereka sedar bahawa Khairool membuat mereka lebih peka apa-apa yang berlaku dalam MRT. Menaiki MRT adalah salah satu pengalaman hidup harian bagi hampir setiap anggota masyarakat Singapura.

Selain para pelajar Menengah 2 HMT (termasuk para peljar VS), saya sertakan juga pera pelajar BMT kelas 3C.

Tiada ulasan: