Pelita Bahasa, sebuah majalah yang menyuguhkan bahan-bahan bagi panduan mempertingkatkan kemampuan berbahasa anda. Berikut merupakan sebahagian siaran ringkas makalah-makalah yang menarik perhatian saya. Semoga usaha saya ini dapat membantu anda mengisi masa-masa terluang dengan membacanya. Majalah-majalah ini terdapat di Perpustakaan Negara dan cawangan-cawangannya. Saya sendiri memiliki salinannya juga.
Berusahalah sedikit untuk mendapatkan majalah-majalah ini.
Edisi Januari 2007
Perasaan malu adalah sesuatu yang lumrah. Namun, ada masa-masanya, perasaan malu yang tidak bertempat perlu dikikis. Terdapat 10 petua untuk mengikis sikap yang tidak sesuai ini. Pantun jenaka juga disoroti dalam sebuah makalah yang cukup menarik hati, Ada penerangan mengenai penegasan dalam ayat dan penerangan menggunakan kata hubung.
Edisi Februari 2007
Anda perlu sedar bahawa keyakinan diri amat penting dalam hidup. Makalah perihal keyakinan diri pada dalam dua halaman. Ramai yang kurang mempedulikan peribahasa yang sebenarnya dalam memperindah bahasa yang kita gunakan. Kenali pusaka bangsa ini untuk anda manfaatkan. Ayat kompleks selalu disalah mengertikan dengan penggunaan penanda dan kata hubung yang persis. Keindahan bahasa kita dibicarakan dalam pantun untuk remaja.
Edisi Mac 2007
Setiap kejayaan diusahakan. Kepintaran juga boleh dipupuk dan diasah Matlamat dan fokus merupakan andalan kejayaan. Ada penerangan tentang gurindam salah satu puisi Melayu tradisional yang sungguh mempesonakan.
Edisi April 2007
Lanjutan mengenai memperkasakan diri dalam menempah kejayaan dilanjutkan dalam panduan membentuk kecemerlangan diri berdasarkan kitab suci al-Quran. Pemerian tentang mutu seserangkap pantun yang dicipta juga disoroti
Edisi Mei 2007
Mengasah daya berfikir boleh dipupuk dalam mengasah keterampilan menulis. Carilah beberapa petua yang diberikan dalam edisi ini. Pembayang maksud seserangkap pantun diperikan dengan pengemukaan logik dalam pembinaannya.
Edisi Jun 2007
Akhbar membantu para pelajar dalam mencari bahan untuk menyelesaikan tugasan mengarang. Beberapa panduan yang berguna diberikan dalam sebuah makalah edisi ini. Pembayang maksud sesebuah pantun juga selalu disalah tanggap. Bacalah mengenai cara-cara seserangkap pantun itu dikata bermutu.
Edisi Julai 2007
Pembayang maksud mesti memiliki hubungan dengan maksud pantun yang dicipta. Perbincangan tentang kata ganti tanya dibuat secara komprehensif.
Edisi Ogos 2007
Ciri-ciri pantun yang berpasang-pasang ada fungsinya. Pelajari mengenai pantun berkait dan sebagainya dalam edisi kali ini. Lanjutan pembayang maksud diperikan juga. Penjodoh bilangan sering kita lupakan dalam penggunaan bahasa kita sama ada di sekolah atau di tempat-tempat lain. Kenali kepersisan penggunaan penjodoh bilangan dalam komunikasi kita.
Edisi September 2007
Melancong juga boleh kita manfaatkan dalam kita menambahkan perbendaharaan kata atau kosa kata kita. Klausa relatif dan ayat majmuk juga diperikan dalam edisi kali ini.
Edisi Oktober 2007
Penggunaan Gaya Bahasa dalam Sastera mendapat perhatian dalam edisi kali ini. Apakah benar variasi kata (kata pelbagai makna) mengelirukan kita sebagai pengguna? Mutu karangan pelajar dapat dipertingkatkan dengan menggunakan bahan-bahan bantuan yang lain.
Edisi November 2007
Gambaran pembayang maksud dalam pantun disorot. Antara perkara yang ditekankan adalah pembayang pantun yang baik mempunyai gambaran indah dan sebagainya. Unusr objk dan pelengkap terdapat dalam binaan ayat yang terdiri daripada pola frasa nama (sebagai subjek) dan frasa kerja (sebagai predikat sahaja).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan