Impianku, Harapanku - 10 Tahun Akan Datang
Bayangkan keadaan diri anda 10 tahun akan datang. Setentunya, akan ada banyak perubahan pada diri anda, sama ada daripada bentuk fizikal, kedudukan sosial dan perkembangan sahsiah (personaliti) anda. Ceritakan strategi anda pada masa kini sebelum tiba masa itu.
Pencetus Idea
Apakah rupa paras anda pada masa itu; bergaya, segak atau sederhana? Mengapakah anda berkeadaan sedemikian? Apakah yang anda lakukan dan tidak lakukan hingga berkeadaan sedemikian? Bagaimanakah pula perasaan anda pada masa itu?
Anda sudah tamat pengajian tinggi? Adakah anda pergi menuntut di maktab rendah dan sebagainya? Di sebuah maktab mempelajari selok-belok bidang perniagaan? Anda masih di dalam perkhidmatan negara? Adakah anda berhenti sekolah atau sudah memulakan kerjaya? Adakah anda mempunyai kecenderungan atau minat selain bekerja dan belajar?
Masih menuntut: Sekolah yang mana anda pilih? Mengapa? Sekolah itu terletak di mana? Apakah kursus yang anda ambil atau mata-mata pelajaran apakah yang anda pilih? Apakah mata-mata pelajaran yang anda senangi? Perikan bantuan yang guru-guru anda hulurkan.
Di manakah tempat tinggal anda? Adakah anda bekerja untuk membiayai pelajaran anda itu? Apakah pekerjaan yang anda lakukan? Perihalkan tentang pendapatan yang anda perolehi. Adakah kaum keluarga anda memberi anda bantuan kewangan? Adakah mereka bersetuju dengan sekolah dan bidang pelajaran pilihan anda itu? Apakah yang anda lakukan sewaktu cuti semasa pengajian anda itu?
Adakah anda aktif dalam mana-mana jenis sukan, menganggotai sebarang kelab, melibatkan diri dalam bidang pementasan atau lain-lain aktiviti riadah yang menyeronokkan? Anda tentu ramai kenalan. Siapakah teman-teman istimewa anda?
Perikan kehidupan anda sebagai seorang penuntut. Sukakah anda menjadi penuntut di sebuah institusi pendidikan? Pada peringkat manakah dalam pengajian anda itu yang terkesan hingga pada hari ini? Pernahkah anda menjalinkan perkenalan dengan teman istimewa? Perikan mengenai teman istimewa anda itu.
Pernahkan anda menetapkan matlamat untuk anda capai dalam tahun-tahun itu? Adakah anda berjaya mencapai harapan dan impian anda itu? Apakah sikap anda pada waktu dianggap wajar? Perikan tanggapan anda pada waktu itu membawa pada kejayaan pada masa hadapan anda.
Perkhidmatan negara: Anda ditempatkan di bahagian mana? Berapa lamakah tempoh anda berkhidmat di situ? Anda menginap di mana sewaktu dalam perkhidmatan negara? Di manakah anda menerima latihan asas ketenteraan? Adakah anda dihantar ke luar negeri sewaktu dalam perkhidmatan negara? Apakah pangkat anda pada waktu itu? Apakah tugas-tugas yang anda pikul? Adakah anda berkursus sewaktu menjalani perkhidmatan negara? Apakah kursus-kursus yang anda sertai? Adakah anda menghargai pengalaman sewaktu dalam perkhidmatan negara?
Berkerjaya: Mengapakah anda meninggalkan bangku sekolah? Bagaimanakah keadaan keluarga anda seisi rumah? Apakah bidang kerja yang anda ceburi? Di mana? Apakah tugas-tugas anda? Perikan pendapatan yang anda perolehi. Adakah anda menyumbang pada pendapatan keluarga anda?
Adakah anda senang dengan kerjaya pilihan anda itu? Adakah anda beralih pada tugas yang lain?
Bagaimanakah keadaan keluarga anda? Apakah nasihat yang sering ayah dan ibu anda berikan? Apakah peraturan dalam rumah yang dipatuhi dalam rumah anda itu? Adakah anda mempunyai abang, kakak atau adik-beradik? Adakah mereka masih belajar atau sudah berkerjaya?
Siapakah teman rapat anda pada waktu itu? Apakah aktiviti yang anda dan teman anda itu lakukan untuk mengisi masa-masa lapang?
Panduan Pengumpulan Bahan dan Penulisan
Pastikan bidang yang anda ingin ceburi telah anda fahami. Lakukan kajian yang perlu agar fakta yang anda dapat itu boleh memberi kesan yang meyakinkan dalam penulisan anda.
Pastikan juga bidang kerjaya yang anda perikan memberikan gambaran akan pemahaman anda mengenainya. Cari maklumat itu daripada semua sumber yang sahih.
Panduan 21 - 23
21. Sertakan orang lain dalam penulisan anda ini. Manusia sememangnya amat meminati akan perihal manusia yang lain. Manusia sememangnya amat terpesona dengan kehidupan manusia yang lain. Anda menemui ramai orang dalam kehidupan anda. Ramai daripada mereka mempunyai banyak pengaruh atas perkembangan diri anda.
22. Gunakan ayat yang sempurna. Ayat yang sempurna mempunyai permulaa, pertengahan dan pengakhiran. Dalam penulisan, gunakan ayat-ayat yang baku bagi menyatakan hasrat anda dalam bercerita. Ayat yang mudah lagi jelas menghuraikan banyak persoalan kepada pembaca. Penggunaan bahasa seseorang itu memerihalkan peribadinya. Gaya bahasa yang memudah tidak akan menyukarkan tugasan anda ini. Membaca bahan-bahan penulis yang baik dan mendengar pertuturan orang-orang yang berbahasa dengan baik juga membantu. Oleh itu, baca nyaring bahan anda supaya anda dapat mengesan kesilapan-kesilapan yang ada.
23. Gunakan cara yang lain. Usah sisipkan banyak maklumat dalam sesebaris ayat. Gunakan ayat baru. Ubah kedudukan maklumat dalam ayat anda itu. Misalnya, anda mengungkapkan 'Dua ekor burung yang anda temui'. Gunakan sebaris ayat mengenai 'Seekor burung yang anda temui hinggap di jendela.' Kemudian, anda sambung dengan 'Terbang hinggap pula seekor burung lagi di jendela itu.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan