Khamis, September 27, 2007

Siapa 'tu Cikgu Manaf? 7

Cikgu Manaf merupakan seorang cikgu yang bijaksana lagi peramah. Beliau tidak pernah lokek berkongsi ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya. Beliau akan berusaha memberi yang terbaik kepada anak-anak muridnya.

Beliau tidak pernah berputus asa. Walaupun anak-anak muridnya memberi bermacam-macam masalah di dalam dan di luar kelas, beliau tetap bersabar menghadapi mereka dan akan memberi mereka peluang yang kedua.

Saya berasa amat bertuah sekali mendapat Cikgu Manaf sebagai guru. Cara beliau mengajar saya dan rakan-rakan saya sungguh berlainan dengan cara guru-guru lain mengajar. Beliau tidak hanya mengajar dengan menggunakan maklumat dari buku tetapi beliau mengajar dengan pelbagai maklumat yang didapatkan luar dari buku, malah, luar dari bilik darjah.

Saya yakin bahawa dengan kehadiran Cikgu Manaf dalam proses pembelajaran saya di sekolah, saya akan lebih memahami bahasa Melayu dan saya boleh mendapat markah yang tinggi untuk kertas-kertas ujian bahasa Melayu, bahasa ibundaku.


oleh
Nur Farhanah Bte Rosli
Men. 203

Tiada ulasan: