Selama saya berada di kelas Cikgu Manaf, ada beberapa perkara yang telah saya fahami mengenai sikap dan tingkahnya.
Yang pertama, cikgu adalah seorang yang penyabar. Cikgu seorang yang kreatif kerana mempunyai pelbagai idea untuk membuatkan pelajaran kelas Bahasa Melayu Lanjutan lebih menarik. Cikgu juga adalah seseorang yang memahami akan kerenah murid-muridnya. Cikgu dapat membuatkan saya berasa tenang di dalam kelas kerana kadangkala, cikgu akan memainkan lagu di radio. Selain itu, saya berpendapat bahawa cikgu juga membuat pelajaran Bahasa Melayu lebih menarik apabila cikgu mengajar melalui lirik sebuah lagu, contohnya lagu dendangan Sudirman.
Pada pendapat saya, cikgu adalah seorang yang mudah diajak berbual-bual tetapi ada masa-masanya, agak tegas mengenai hal agama ataupun tingkah laku seorang rakan murid kelas saya itu. Saya tidak menafikan bahawa kadangkala apabila cikgu memarahinya, peristiwa itu akan membuat saya berasa sedikit takut. Wajah cikgu garang pada waktu itu. Namun, pada pendapat saya, jika tiada disiplin di dalam darjah, tentu pelajaran akan terganggu dengan olah murid bising itu. Oleh itu, saya berasa apa-apa yang cikgu lakukan itu tepat.
Saya berharap dengan mengikuti kelas daripada seseorang guru seperti Cikgu Manaf, saya akan dapat melakukan yang terbaik bagi pelajaran Bahasa Melayu Lanjutan pada tahun ini. Saya juga berharap agar cikgu dapat mengajar kelas saya pada tahun akan datang. Terima kasih cikgu.
oleh
Nurdiana Zufir
Men. 2E2 (2007)
Sekolah Menengah Swiss Cottage
Tiada ulasan:
Catat Ulasan