Selasa, September 25, 2007

Siapa 'tu Cikgu Manaf? 4

Cikgu Manaf,
guru bahasa Melayu.
Memasuki sekolah ini
sejak bulan Julai kelmarin.
Datang mengajar kami,
mengambil alih
Cikgu Rahim yang kita sayangi.

Memasuki kelas
berbahasa baku.
Selalu prihatin tentang
kebersihan kelas.

Mengajar kita
serba sedikit tentang
sastera Melayu.
Mengajar juga
hal ehwal semasa,
yang luar daripada

silibus sekolah.

Suka mendengar
lagu-lagu klasikal
nyanyian Sudirman,
sambil meneliti
makna yang tersirat.

Mengakhiri kelas

dengan ucapan
selalu berkata
ajarannya ikhlas.
Sentiasa mengirim
salam buat
ibu dan bapa.

Masih belum dapat
saya sesuaikan diri
dengan cikguku ini.
Maklumlah,
Cikgu Rahim mengajar
kami sekian lama.

Namun kehidupan ini
penuh dengan perubahan.
Mungkin pada suatu
hari nanti,
akan terjalinlah
ikatan kasih guru dan hormat anak murid
yang erat antara
beliau dan saya.



oleh
Nur Annastasia
Men. 202 (2007)
BPGHS

Tiada ulasan: