Selasa, Ogos 11, 2009

Baca! Singapura - 3.1 - Hasil & Pembentangan

Dalam kelas menengah 1 saya pula, inilah bahan-bahan yang terkumpul. Selain papet tangan, yang mereka ambil gambar dan tampal pada kadbod keras, ada seorang pelajar saya menulis mengenai watak utama 'Girish' dalam buku kecil. Saya muatkan di dalam paparan ini sebagai tanda menghargai usahanya untuk menyudahkan kerja pada hujung minggu lalu. Bahan-bahan yang lain akan mereka hantar pada esok pagi. Saya akan mengarahkan mereka membuat pembentangan hasil kerja mereka selepas ujian minggu ini dan minggu depan.


















Tiada ulasan: