Teater Klasik Naga-naga Bertarung sudah mula giat berlatih di BPGHS. Banyak rakaman gambar dan video saya buat.
Daripada sesi-sesi ini, para peserta teater klasik ini perlu bertutur dan mengungkapkan dialog dengan gaya cara persembahan bangsawan.
Memandangkan persembahan akan dibuat pada bulan Julai nanti, masih banyak lagi hal yang masih perlu dilakukan. Saya berharap mereka teguh dan seronok menjalankan aktiviti ini, say berdoa mereka akan memperolehi banyak hal dalam menjalani aktiviti kesenian Melayu indah ini.
Saya bersyukur, kelmarin mereka membuat gerak-gerak seni, kini Encik Salleh Buang, pembimbing mereka itu memberi imbuhan yang cukup bermakna dalam ungkapan-ungkapan dialog yang sesuai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan