Isnin, Januari 05, 2009

Lisan - Terjalin Kukuh - HMT2A/1

Dalam pelajaran lisan kali ini, para pelajar membincangkan topik berdasarkan aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga. Pelajar akan membuat peta minda dan membincangkan aktiviti keluarga pilihan mereka.

Contoh Peta Minda Yang Saya Berikan Dalam Bilik Darjah
Fahmi sedang menyampaikan ideanya berdasarkan apa-apa yang sudah dia lakarkan dalam peta mindanya.

Selain Fahmi yang membuat penyampaian, Farhanny, Rahmat dan Norman membentangkan idea masing-masing.

Sewaktu penyampaian keempat-empat orang pelajar tersebut, rakan-rakan mereka mendengarkan sambil membuat catatan akan hal-hal yang menarik tentang isi serta kesilapan-kesilapan yang seharusnya mereka hindari. Rakan-rakan pelajar-pelajar itu mengemukakan pandangan masing-masing secara lisan juga dan para pelajar tersebut membuat catatan peribadi mereka sendiri. Daripada aktiviti lisan tersebut, saya menekannkan hal-hal yang perlu diberikan perhatian seperti isi-isi yang perlu mereka sampaikan dalam ayat-ayat lisan gramatis yang berkesan dengan pemilihan kata-kata dan struktur ayat yang sesuai.

Saya mengarahkan mereka membuat perenungan akan pelajaran mereka pada hari ini. Mereka juga harus menulis semula bahan yang mereka bincangkan. Kedua-dua bahan itu mereka saya arahkan untuk dipaparkan dalam blog masing-masing.

Tiada ulasan: