Khamis, Disember 11, 2008

Karangan Men.1BML (HML)

TOPIK-TOPIK KARANGAN BT1A – HML


Unit 1 – Jurnal – BT1A/9

1. Bayangkan kamu mempunyai sebuah jurnal. Tulis pengalaman kamu menghadiri Perkhemahan Suai Kenal yang diadakan di sekolah kamu. Sebelum menulis, kamu boleh merujuk Panduan Menulis Jurnal yang disediakan.

Kertas Tugasan Menulis Jurnal Ringkas - 5 Hari
Jurnal
View SlideShare presentation or Upload your own. (tags: bahasa karangan)


Unit 2 – Surat – BT1A/21

1. Kamu ibu penulis surat yang kamu baca di BT1A/14-15, dan kamu dikehendaki membalas surat tersebut. Dalam surat balasan itu, nyatakan khabar keluarga, nasihat dan pesanan yang wajar daripada seorang ibu. Isi-isi lain yang sesuai dengan surat tersebut boleh juga disertakan.



Unit 3 – Naratif/Deskriptif – BT1A/33

1. Pernahkah kam membantu jiran kamu? Ceritakan pengalaman kamu membantu jiran yang menghadapi sesuatu kecelakaan atau kesusahan.
2. Tulis sebuah karangan dengan tajuk: ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’. Gunakan panudan yang yang diberikan.



Unit 4 – Pantun – BT1A/46

1. Karangkan lima rangkap pantun untuk disampaikan dalam sesebuah persembahan kesenian yang bertemakan sesebuah perayaan yang terdapat di Singapura.
.


Unit 5 – Dialog – BT1A/55

1. Tiga orang sahabat menghadiri pesta Hari Keluarga yang dianjurkan oleh sebuah kelab masyarakat. Beberapa acara menarik diadakan. Ratusan keluarga daripada pelbagai kaum menyertainya. Ketiga-tiga sahabat itu berbual-bual mengenai pesta tersebut. Mereka menyentuh kebaikan diadakan pesta seperti itu. Tulis dialog perbualan mereka.
2. Kamu dan dua orang rakan sedarjah berbincang-bincang mengenai sau projek yang bertemakan kehidupan masyarakat pelbagai kaum. Tuliskan perbincangan kamu itu dalam bentuk dialog.

Gunakan panduan yang diberikan dalam buku teks.



Unit 6 – Deskriptif – BT1A/67

1. Pilih seseorang yang pada pendapat kamu dapat menjadi pelajar teladan atau contoh.



Unit 7 – Imaginatif – BT1A/78

1. Degupan jantungku begitu kencang. Badanku berasa seram sejuk. Setelah penat berlari turun tangga setinggi empat tingkat, aku tiba di belakang bilik air pelajar-pelajar perempuan. Au terdengar bunyi jejak kaki mengekoriku. Aku cuba membuka pintu itu. Berkunci. Ke mana lagi harus aku pergi?
Selesaikan cerita ini. Berikan tajuk yang sesuai.
2. Tulis sebuah cerita yang bertajuk ‘Selendang Biru’.



Unit 8 – Risalah – BT1A/88

2. Katakan sebuah agensi di negara jiran (Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam atau Thailand) telah memilih kumpulan kamu untuk mempromosikan satu tempat pelancongan di negaranya bagi penduduk Singapura. Kumpulan kamu dikehendaki menyiapkan sebuah brosur untuk tujuan tersebut. Siapkan brosur yang dikehendaki. Gunakan Panduan Menulis Risalah yang disediakan.




TOPIK-TOPIK KARANGAN BT1B – HML

Unit 9 – Naratif – BT1B/10

1. Tuliskan sebuah karangan berdasarkan pengalaman kamu membantu seorang teman. Gunakan peta minda untuk merancang karangan kamu. Karangan kamu harus mengetengahkan perkara-perkara berikut:
- masalah yang dihadapi oleh teman kamu itu
- apa-apa yang kamu lakukan untuk membantu teman kamu
2. Karang sebuah cerita yang betemakan persahabatan. Akhiri cerita kamu itu dengan ayat ‘Semenjak peristiwa itu, aku lebih menghargai persahabatan kami.’



Unit 10 – Naratif/Imaginatif – BT1B/18

1. Tulis semula jalan cerita ‘Terdampar’ (BT1B/12-13).
2. Lengkapkan petikan di bawah dengan sebuah karangan ciptaan kamu sendiri.
Di berjalan dengan pantas. Entah mengapa malam itu hatinya tidak tenteram. Dia menyesal kerana terlalu asyik membaca buku di perpustakaan sehingga tidak sedar malam sudah lewat. Jantungnya berdegup-degap apabila dia terpaksa melintasi rumah besar itu.



Unit 11 – Poster – BT1B/28

1. Cipta sebuah poster untuk mengenalkan sebuah permainan tradisional. Poster tersebut haruslah mengandungi:
- makluma atau penerangan mengenai permainan itu
- cara permainan itu dijalankan
- gambar yang sesuai bagi menjelaskan langkah-langkah permainan itu dijalankan



Unit 12 – Wawancara – BT1B/38

1. Kamu pengarang majalah sekolah. Kamu dikehendaki mewawancara penerima Anugerah Sukarelawan Belia untuk tahun ini. Penerima anugerah tersebut merupakan pelajar menegah tiga di sekolah kamu. Tulis wawancara kamu.
2. Kamu wartawan sebuah akhbar tempatan. Kamu ditugaskan mewawancara Presiden Persatuan Sukarelawan Belia Negara tentang sumbangan belia dalam projek mengumpulkan dana untuk badan kebjikan dunia. Tulis wawancara kamu.



Unit 13 – Naratif/Deskripif – BT1B/48

1. Tulis sebuah karangan tentang kamu berbasikal bersama-sama rakan-rakan kamu. Kamu boeh menggunakan idea-idea yang telah dihasilkan oleh kumpulan kamu dalam aktiviti perbincangan di halaman BT1B/45.




Unit 14 – Surat Kiriman – BT1B/57

1. Utuskan sepucuk surat pada sebuah akhbar tempatan. Dalam surat kamu itu, sampaikan kerpihatinan kamu tentang keadaan yang kurang menyenangkan semasa kamu sekeluarga mengunjungi sebuah bazaar.

Gunakan Panduan Menulis Surat Kiriman Rasmi yang terdapat di dalam buku teks.



Unit 15 – Deskriptif/Rencana – BT1B/70

1. Tulis sebuah karangan deskriptif tentang keadaan bumi kita ini jikalau sentiasa siang tapa malam atau keadaan sentiasa malam tanpa siang. Kamu boleh menggunkan maklumat daripada penyusun grafik yang telah kamu hasilkan dalam kegiatan perbincangan.
2. Tulis seuah rencana mengenai suatu kejadian alam. Kamu boleh melungsuri internet untuk mendapatkan maklumat.



Unit 16 – Dialog – BT1B/83

1. Berdasarkan gambar-gambar bersiri yang diberikan, tulis sebuah dialog mengenai pengalaman kamu bersama-sama dua orang rakan semasa berada di Planet Rekka. Kamu juga boleh menggunakan hal-hal berikut sebagai panduan.
- keadaan planet tersebut
- kemudahan canggih
- ciri-ciri unik
- pengalaman berharga
Gunakan penyusun grafik yang disediakan.

Tiada ulasan: