Isnin, Oktober 22, 2007

Syair Petua Berkawan

oleh Cikgu Mohamed Naim Daipi

1.
Wahai anakku permata hati,
Jadikan panduan amanatku ini,
Sesama sahabat jangan beriri,
Sahabat menjauh tersingkir diri.

2.
Sahabat yang baik bagai pelita,
Menerangi alam gelap gelita,
Tatkala susah bersama kita,
ketika senang dia bersama.

3.
Dengan sahabat jangan berlagak,
Tutur dan kata jangan terlajak,
Selalu berhemah lurus dan tegak,
Berbudi bahasa selalu tergalak.

4.
Hasad dengki anakku hindari,
Agar tersisih sifat yang keji,
Pekerti murni hiasan diri,
Amalkanlah anakku setiap hari.

5.
Jika berjanji dimungkir jangan,
Kelak sahabat menjadi rawan,
Janji dikota kita amalkan,
Teballah semangat setia kawan.

6.
Usahlah sombong usahlah anggak,
Sifat begitu tidak dibagak,
Rendah hati hendaklah digerak,
Kawan pun intim tidak berjarak.

7.
Sesama sahabat jangan berbalah,
Intim dan akrab nanti terbelah,
Sesama sahabat jangalah menyalah,
Kata sepakat nanti menyerlah.

8.
Sesama sahabat jangan berdusta,
Kelak kawan tidak percaya,
Semua ucapan semua kata,
Hilang bicara tidak bermakna.

9.
Sesama sahabat jangan mencela,
Jangan menghina jangan mencerca,
Kepada sahabat hendaklah dimulia,
Setia kawan terpelihara.

10.
Semua tindak hendaklah fikir,
Agar persahabatan tidak gelincir,
Sifat bakhil mahupun kikir,
Jadikan sahabat jauh tersingkir.

11.
Dengan sahabat hormat-menghormati,
Tolong-menolong berteguh hati,
Dengki khianat kita jauhi,
Persabahatan kita semakin bahari.

12.
Bersama sahabat kejarlah ilmu,
Giatlah belajar jangan jemu,
Sentiasa bertanya kepada guru,
Bantu-membantu amalkan selalu.

13.
Jauhilah anakku sifat amarah,
Agar keakraban kita tak punah,
Kepada Tuhan mentiasa berserah,
Doakah sahabat aman sejahtera.

14.
Demikianlah ankku petua berkawan,
Kata-kataku jadikan pedoman,
Sebarkan kepada handai dan taulan,
Susana berkawan bertambah aman.

rakaman suara contoh lagunya
http://myfreefilehosting.com/f/93266aaa42_25.41MB

Tiada ulasan: