Bahan ini adalah lanjutan daripada latihan yang kita lakukan pada tarikh 19 Oktober 2007 jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Berdasarkan lagu-lagu berikut, sila karangkan sebuah kisah CINTA. Usah sempitkan pengertian CINTA dalam karya anda. Rujuk pada catatan perbincangan kita, gunakan definisi kamus sebagai panduan. Tiada had bagi kepanjangan karangan yang akan kamu tuliskan itu. Sila hantarkan draf anda melalui ruang komen posting di blog ini.
Para pelajar di bawah penyeliaan saya yang datang dari Sekolah Menengah Zhenghua, Swiss Cottage, Jurong, West Spring dan Yuan Ching, anda juga saya anjurkan sertai projek ini.
Daftar lagu:
1. Asyik oleh Amelina
2. Kemelut Di Muara Kasih oleh Ziana Zain
3. Sesak oleh U.K's
4. Jangan Ucapkan Selamat Tinggal oleh Shades
Tarikh penghantaran karya yang lengkap ialah sebelum 25 Disember 2007.
3 karya lengkap yang terbaik dalam semua yang dihantar akan diberikan hadiah buku.
Selamat berkarya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan