Rabu, November 30, 2011

Cerita Manusia Mendapat Bantuan Makhluk Ghaib

Cerita ini tentang seorang perompak yang pasrah dengan mata pencarian hidupnya. namun, dia tidak mencederakan mangsa-mangsanya. Dia mengambil mana-mana yang dia perlukan untuk meneruskan kehidupannya yang serba daif. namun, personaliti perompak ini masyhur.

Dia mati namun tiada jiran tetangganya yang mahu datang mengurukan jenazahnya. Isteri dan anak-anaknya didatangi sekumpulan tetamu yang datang menguruskan jenazahnya hingga selesai pengebumiannya.

Salah seorang sahabat lamanya muncul untuk menguruskan jenazahnya tetapi dia mendapat tahu daripada balu sahabatnya itu bahawa pengebumiannya telah selamat disempurnakan oleh orang-orang yang tidak dikenalinya.

Cerita Manusia Yang Tidak Berpegang Pada Amanah Dan Janji

Dalam bahagian cerita-cerita kejadian yang aneh-aneh; punca sebab-musabanya adalah melanggar pantangan dan melupai janji-janji yang dipatri.

Contohnya, cerita Lelaki Berkepala Anjing yang sibuk menjadi buah mulut semasa saya kecil adalah kerana lelaki yang menuntut ilmu kebal itu melanggar pantang yang dikenakan. oleh itu, dia cuba menebus kesilapannya dengan mengorbankan manusia-manusia lain yang tidak berdosa.

Cerita Pembela Toyol juga tidak memenuhi syarat-syarat yang sewaktu dia ikat untuk mendapatkan bantuan makhluk ghaib ini; dia tidak menyediakan hidangan darah setelah dia mencapai hasrat dan cita-citanya.

bahan-bahan ini saya pungut daripada hasil pertanyaan kepada orang-orang tua yang tinggal di kawasan estet perumahan saya.

Jumaat, November 25, 2011

Cerita Kejadian Alam Haiwan

Cerita ikan duyung, dama-rama dan seumpamanya banyak dalam masyarakat Melayu. Cerita harimau jadi-jadian juga akan saya tampilkan.

Cerita ikan duyung akan saya angkat daripada cerita istana dan juga daripada cerita kaum nelayan.

Cerita rama-rama adalah daripada kisah seorang puteri yang ditunangkan kepada seorang putera raja rama-rama jadi-jadian. Akibat kesilapan ayahanda puteri itu, putera raja tersebut telah menjemput puteri raja itu turut bersamanya menjadi rama-rama.

Kisah Teladan

Cerita Nakhoda Tenggang, Puteri Gunung Ledang, Awang Semaun dari Brunei dan yang lainnya akan saya sertakan dalam koleksi bahagian ini.

Cerita nakhoda Tenggang selenggaraan A Samad Ahmad amat memikat hati dan akan saya manfaatkan.

Puteri Gunung Ledang akan saya manfaatkan daripada kitab Sulalatus Salatin.

Cerita awang Semaun akan saya angkat daripada Syair Awang Semaun yang amat terkenal itu.

Cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah akan saya susun semula daripad pelbagai bahan sama ada daripada filem, buku atau syair.

Rabu, November 09, 2011

Tokoh-tokoh Masyarakat Silam

Bahagian ini pula, akan saya selidiki tentang Raja Ali Haji dari Penyengat dan pengajarannya, Tun Perak Bendahara Kerajaan Melaka.


Bahan-bahan akan saya petik daripada Kitab-kitab Tuhfat Al-Nafis, dan Sulalatus Salatin.

Kisah Hang tuah akan saya gunakan bahan yang dipetik daripada Sulalatus Salatin dan Laksamana Tun Tuah, buku-buku selenggaraan A Samad Ahmad.
Kisah-kisah Patih Gajah Mada akan saya petik daripada sebuah siri novel sejarah tulisan dalam bahasa Indonesia dan Kitab Babad Tanah Jawa.


Cerita Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Sakdung akan juga saya singkap.


Cerita dari Langkasuka berkenaan Puteri Kuning, Hijau dan Ungu juga akan saya masukkan dalam bahagian ini.


Kisah Diponegoro juga akan sertakan.




Selain itu, akan diberi perhatian kepada Awang Semaun dari Berunai dan Patih Gaja Madah dari Jawa.





Tokoh-tokoh ini akan diperikan dalam episod-episod penting dalam rakaman sejarah mereka seperti pengisahan cerita-cerita hikayat.

Selasa, November 08, 2011

Cerita Hantu

Tentu sekali, kalau ada topik alam ghaib dalam cerita rakyat, cerita-cerita hantu sudah menjadi pilihan utama. Semasa saya membesar, banyak sekali cerita-cerita sedemikian dibincangkan dan dikongsi bersama-sama oleh anggota keluarga dan sahabat handai.

Hantu-hantu seperti pontianak, hantu penanggal, toyol, pelesit, polong, manusia berkepala anjing dan hantu t-t-k banyak saya dengar daripada orang-orang tua.

Oleh itu, saya akan memilih cerita-cerita yang jarang sekali didengar dan menuliskannya semula dengan gaya cerita yang sering disampaikan oleh orang-orang tua kita.

Sebuah cerita pontianak yang saya dengar ialah kisah yang berlaku kepada seorang ibu yang sarat mengandung yang diserang pontianak semasa dia sedang tidur. Hantu itu dapat dihapuskan dengan mencucuk paku di tengkuknya.

Cerita penanggal pula tentang seorang ibu yang sarat mengandung diserang hantu dan dibunuhnya pada waktu malam. Hantu itu dimusnahkan oleh suaminya sendiri.

Cerita toyol tentang seorang miskin yang tiba-tiba menjadi kaya dengan bantuan toyol peliharaannya.

Kisah polong pula tentang seorang lelaki yang dapat menewaskan semua musuhnya dengan menggunakan polong.

Hantu pelesit pula pemeliharaan seorang wanita yang cantik dan mangsa-mangsanya ialah kanak-kanak kecil. Hantu itu dapat dihapuskan dengan kerjasama masyarakat kampung.

Manusia berkepala anjing pula ialah mengenai seorang lelaki yang telah melanggar pantang larang sewaktu dia mengamalkan ilmu menjadi kebal.

Hantu t-t-k pula suka menyembunyikan kanak-kanak yang suka berkeliaran pada waktu-waktu senja.

Tentulah, cerita-cerita sedemikian banyak unsur-unsur yang khurafat yang begitu menonjol terutamanya tentang tahidulLah. Namun, penyampaian cerita-cerita tersebut dibuat untuk merakam pandangan hidup masyarakat lama yang masih mendarah daging dalam masyarakat kita.

Kisah tentang orang bunian akan juga saya masukkan dalam koleksi cerita bahagian ini.

1. Contoh Pontianak
Cerita bermula pada kaunter 6.40
http://youtu.be/5buFAttojto

2. Contoh Penanggalan
Cerita bermula pada kaunter
http://youtu.be/NXV5lVWHTZ8

Sabtu, November 05, 2011

Cerita Rakyat Melayu / A Collection Of Malay Folktales and Legends

Projek ini dijalankan memandangkan tidak ada sebuah bahan lengkap lagi komprehensif mengenai subjek ini. cerita-cerita rakyat akan ini dipungut daripada banyak sumber tetapi tidak mudah difahami dan akan memberikan perspektif, selain daripada yang banyak dibuat khususnya untuk bacaan kanak-kanak.

Sub-judul yang akan termuat dalam himpunan ini termasuklah mana-mana kisah yang popular mahu pun yang kurang popular tetapi mempunyai
1. jalan cerita yang menarik hati lagi menghiburkan
2. pengajaran yang tersisip di dalam kisahnya
3. merakamkan pemahaman dan pandangan serta pemikiran masyarakat Melayu tradisional yang kebanyakan masih berlaku pada masa kini. Contohnya, cerita-cerita tahyul dan kisah-kisah agama
4. merakamkan budaya serta kesenian bangsa Melayu yang sejagat
5. memaparkan ciri lisan dan tulisan bahasa Melayu lama

Sumber setiap kisah akan disaring daripada penelitian pada semua bahan rakaman yang dapat ditemui sama ada di dalam dan luar negara. Bahan-bahan termasuklah bahan-bahan dalam talian, buku-buku lama, puisi moden serta klasik dan yang seumpamanya.

Kisah-kisah ini akan disusun semula dengan gaya bahasa Melayu kini tanpa menghilangkan keaslian cerita yang dipetik. Hal ini termasuklah menapis unsur-unsur yang dianggap tidak sesuai menurut kesantunan dan keindahan serta nilai bangsa Melayu itu sendiri.

Semoga projek ini akan dapat dilaksakan dalam masa-masa terdekat.